petang2 macam sekarang nie(5.00pm) best lepak2 kat taman, ambik udara tasik, tengok orang berekriasi dan tengok binatang2 yang ada kat taman tasik ni... taman tasik ni dekat je dengan rumah yang violet duduk sekarangak... boleh jalan kaki ja kalau nak datang sini... lokasi nya juga bersebelahan dengan bangunan PKNS, SACC Mall, SIRIM dan MRCB... selain tu taman tasik nie juga bersebelahan dengan dataran SHAH ALAM... kalau nak ambik gambar dekat sekitar tasik nie memang sesuai sangat..tak de entrance fee.. boleh datang sesuka hati ja...:)
antara kemudahan yang ada dekat tasik nie, restoran, laluan pejalan kaki, aktiviti kayak, sampan dan taman permainan... mmg sesuai untuk dijadikan lokasi riadah keluarga...:) well, sebenarnya datang sini nak release stress.... kadang2 bila kita tertekan, alam mampu kurangkan tekanan yang kita rasa tu.. Allah cipta segala sesuatu itu dengan hikmah.. alam dan pemandangan yang cantik disini antara bukti kekuasaan Allah.. Violet tenang bila disini.. lebih tenang bila merasa alam dan suasana disini meraikan dan memujuk hati dengan lambaian daun, riak2 air, telatah si kura-kura dan ikan di tasik.. Subhanallah, segala gundah macam hilang seketika..