Khamis, 29 Mac 2012

senangnya memasak...

pernah makan murtabak roti tak?? tak pernah?? jom kita buat.. senang ja... kosnya tak lah mahal sangat.. rasa pun sedap... sesuai untuk sarapan or minum petang.. makan malam pun boleh gantikan nasi dengan murtabak nie.... so bahan2 yang diperlukan ialah

daging cincang
1 labu bawang besar
1 biji tomato merah
1 tangkai cili hijau/merah
1/2 batang lobak merah
5 biji telur
6 keping roti gardinea
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan mayonis
garam secukup rasa
sedikit majerin/butter untuk goreng

cara-cara:
1) semua bahan :bawang,lobak ,tomato,cili merah/hijau dipotong dadu. gaulkan dalam satu bekas. then, pecahkan telur, gaul sekali dengan bahan2 yang dipotong tadi
2)masukkan sos tiram,mayonis n garam secukup rasa.. gaul sebati..
3)koyak2 kan roti.. masukkan dalam adunan tadi.. gaul rata..
4)panaskan kuali leper untuk menggorang.. letakkan butter(lagi sedap rasa) nak letak minyak pun boleh... letak sikit2 ja minyak tu...
5) sendukkan adunan dalam kuali, goreng maca goreng telur dadar tu... balikkan murtabak tu supaya dua2 belah masak..
6) bila dah keemasan dan sedikit garing, angkat dan sedia dihidang..

sedap makan dengan sos cili...selamat mencuba...

1 ulasan:

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...