Khamis, 3 April 2014

kerana hati bukan milik aku

hati milik tuhan
bagaimana sayangnya aku ke kamu
tetap juga hati milik tuhan

apa yang diberi,
biarpun bisa menuntun jiwa,
biarpun bisa menjentik rasa,
biarpun kasih bercambah bunga,
tetap hati milik tuhan...

yang ada dijasad,
terasa milikan sendiri..
pun jua hanya pinjaman,
hati ini milik tuhan,
kepunyaanNya,
diberi pinjam sementara hela...

dalam setiap doa,
dalam setiap kata,
dalam ingatan .. dalam kenangan...
yang berlaku... antara kita.. tuhan tahu
kita tahu...

tetap juga ,
tidak akan mampu memaksa apa lagi mengikat rasa
kerana rasa bukan milik sendiri...
tuhan yang hadiahkan...
tuhan yang pinjamkan...

maka... kerana hati ini bukan milik aku..
aku mengerti,
tidak semua yang hati mahukan akan aku miliki...

yang mampu adalah mendoakan...
pemilikan abadi itu tidak mungkin...
pemilikan abadi hanya di sana...
selama-lamanya...

kerana hati bukan milik aku....
semoga engkau mengerti....
semoga aku mampu ikhlaskan hati....
kerana ada nama kamu...
kerana ada rasa itu...

jika bukan milik aku..
tetap bukan...
jika takdir menyatukan...
sujud syukur... doa mengiringi
semoga tuhan merahmati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...