Khamis, 12 Jun 2014

Disebalik nisfu syaaban

NISFU SYAABAN apa sebenarnya????  Apa yg benar?

CATATAN AMALAN

Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.
Hadith2 yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)

Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya :
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.

✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُ
شْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih.-

✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.
Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-
Oleh Dr Abu Anas Madani(Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman)

Rabu, 4 Jun 2014

kerana dia seorang cikgu

dia seoran guru,
tapi bahasanya terasa menyakitkan,
benar dia juga manusia.. tidak terlepas kesilapan

kerana dia seorang cikgu,
bahasanya perlu dijaga,
kerana dia seorang cikgu,
sifatnya perlu memukau...

tapi cikgu juga manusia,
insan biasa dengan kesalah dan kesilapan...
bukan malaikat atau bidadari..

pun juga dia seharusnya lebih berhati-hati
berhati-hati dalam tutur kata dan bual bicaranya,
kerana kata-kata itu cerminan diri,
siapa kita diluar adalah terjemahan apa yang ada di dalam diri kita

kerana dia cikgu,
aku terasa caranya bukan sepatutnya begitu..
cikgu sepatutnya jadi pencerah, bukan jadi minyak
bukan jadi pembakar api kemarahan..
bukan menghasut, bukan juga beremosi dengan satu perkara yan belum dijelaskan

kerana dia cikgu,
dia yang mendidik,
dia yang menjadi tauladan anak didiknya
aku risaukan hal-hal seperti itu,
kerana dia cikgu,

aku melihat...
dia tidak patut menjadi api dalam sekam,
tapi dia sepatutnya mencari jalan menyelesaikan dengan hikmah..

tidak aku lupa, cikgu juga manusia..
namun kerana aku tahu.. cikgu.. seorang manusia berpendidikan...
seorang manusi berjiwa besar,
maka aku terkilan.. caranya tidak melambangkan dia seorang cikgu..

maaf.. terluah disini.. biar jadi peringatan buat aku dan yang membaca...

Allah sebaik baik perancang

kita merancang, tapi Allah telah pun terlebih dahulu mengaturkan banyak perkara untuk kita, kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu, tetapi Allah lebih tahu apa yang kita perlu... bukankah Allah telah pun berfirman yang mafhumnya,

sesuatu yang kita rasakan baik belum tentu baik untuk kita, dan sesuatu yang kita rasakan tidak baik untuk kita belum tentu tak baik, dan sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu.

banyak perkara yang kita rasakan kita ditindas atau tersepit, tapi ketahuilah Allah maha penyayang, maha pegasih... Allah mendidik dan mentarbiyah kita senyap2 tanpa kita sedar.. ujian Allah adalah tanda kasih sayang Allah pada kita. maka tidakkah kita mahu jadi hamba yang bersyukur? maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan...

ya, memang benar senang saja nak berkata ujian adalah tanda Allah sayang bilamana kita bukan berada pada tempat orang yang di uji. tapi pernahkah kita terfikir apakah orang yang sentiasa kelihatan tenangn, senyum dan sabar itu sebenarnya sedang  bergelut dengan kesakitan atau menunggu kematian, atau mungkin kita sendiri tanpa sedar sebenarnya sedang di uji .... kita merasa cukup dengan apa yang kita ada, kita rasa kita tidak mahu mengubah diri kita kepada sesuatu yang lebih baik kerana rasa kecukupan itu..

tapi perlu kita ingat Allah takkan ubah nasib kita kalau kita sendiri taknak berubah... dan Islam menggalakkan penganutnya sentiasa jadi lebih baik.... maka kenapa kita perlu kalah dengan kelemahan diri kita... berusahalah....

Allah tidak zalim, Allah maha adil.. Allah tahu apa yang kita lebih perlu ... kita merancang sesuatu untuk kehidupan kita, kita minta Allah tunjukkan jalan, mohonlah doa padaNya.. Allah akan beri apa yang kita mahu dan perlu ... tapi perlu kita ingat setiap perancangan mestilah dengan keyakinan dan tawakal pada Allah bahawa Allah akan permudahkan.. jika apa yang kita rancang tidak terjadi seperti yang kita rancang, mari kita sama-sama muhasabah.... mungkin ada sesuatu yang menyebabkan Allah hijab permitaan dan perancangan kita .... 

akhir kata: kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah DIA ALLAH

hingga jari bertemu keypad lg... salam sayang....


yaya

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...