Sabtu, 25 Oktober 2014

kerana engkau yang ku pilih

senyum...
tenang
damai

tiada lebih manis dan menyejukkan 
senyummu... tidak terpaksa
jelas ikhlas

sejuk jiwa
sejuk rasa
tangan di ubun...
tiup sabar

senyum
biarpun aku tahu kau sedih
kau takut aku hilang
kau senyum

senyum walaupun makin sukar
aku tahu luka itu 
aku tahu 

pun kau masih senyum
lirih mata tenang
tangan tetap erat
tiada kata terucap
cuma senyum

kasih tanpan pengorbanan bukan kasih
cinta itu dukacita
cinta bukan bermakna memilik semata-mata

jangan putus harap dengan TUHAN
kerana engkau yang ku pilih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

rindu

 Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...