Semua ibu bapa yang baru nak merasai pengalaman pertama kehadiran anak tentu sangat gembira . yalah, anak kan pengikat kasih sayang. Entry kali ni sengaja violet nak kongsikan sedikit tentang persediaan dan persiapan menyambut kelahiran anak.
Pertamanya entry kali ini untuk mak ayah yang nak bajet tak besar. semoga dapat membantu. Bagi yang ada rezeki yang lebih boleh lah sediakan kelengkapan mengikut kemampuan ya.
untuk kelahiran anak pertama banyak yang perlu disediakan tapi masih lagi boleh berjimat. pertamanya, mama papa jangan excited sangat nak beli semua benda yang bukan keperluan anak tau. Beli dan sediakanlah dahulu yang penting-penting. Keperluan ni boleh mula beli sejak awal atau lebih baik bila usia kandungan dah 5-7 bulan. Time ni dah boleh tau jantina baby(insyaAllah), jadi boleh beli keperluan anak ikut jantina anak.
jom kita tengok apa keperluan yang penting dan sampingan.
Keperluan bayi (Utama)

- Baju siang
- Baju malam
- Stokin & Sarung tangan
- Topi/penutup kepala
- Bedung bayi
- Barut bayi
- Tunku bayi
- Minyak Telon/ minyak bayi
- Sabun mandi, bedak ,losyen
- Tisu basah/ baby wipes
- Grooming set (ketip kuku, penyedut hidung, termometer, sikat,putik kapas)
- Tilam,bantal, selimut, kelambu(jika perlu)
- Napkin 1set yang ada 10 helai
- Tuala mandi
- Lampin pakai buang (newborn @ S)
- Beg Bayi (untuk mudah bawak barang bayi time ke klinik/labor room nanti)
yang atas tu yang penting perlu sediakan dahulu. selain yang dekat atas tu boleh sediakan kemudian @ ikut keperluan & kemampuan mama dan papa.
Keperluan bayi (Sampingan)
- Stroller
- Car seat
- Baby carrier
- Kerusi bayi
- Botol Susu & susu formula(jika perlu)
- Berus basuh,sterilizer,warmer untuk botol susu
- Termos untuk bekal air panas
- Sabun Cucian khas peralatan bayi
- Sapu tangan
- Puting
- Pelapik getah (alas untuk salin/pakaikan baju sebelum/selepas mandi)
- Katil bayi
- Buaian
- Besen mandi
- Bakul baju kotor
- Hanger kecil/bulat
okey, tu yang sempat violet senaraikan , lain-lain yang mama papa fikirkan perlu ikut kesesuain, boleh juga senaraikan. Barang-barang yang utama tu boleh dibeli di kedai barangan bayi, pasaraya,Mr.Diy dan juga kedai ECO RM2 tu. barang kat kedai RM2 dan Mr.Diy tu mama papa boleh pilih dan tengok materialnya. Violet suka juga membeli keperluan bayi dekat sana, sebab banyak pilihan yang cantik, murah dan kualitinya baik.
untuk barang seperti bedak, shampoo, mandian bayi, tisu basah, selimut, bantal dan pakaian mama papa boleh pilih yang cantik dan kualitinya okey dengan harga murah dan ada jenama juga tau. cuma dalam packaging yang lebih kecil.
untuk keperluan lain yang perlu tu, mama papa boleh juga beli online atau kedai barangan bayi. dekat pasaraya pun ada banyak.
next entry nanti violet kongsikan anggaran bajetnya ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan