kejayaan bukan terletak pada tidak pernah jatuh atau gagal, tapi kejayaan terletak pada kesanggupan untuk bangun setiap kali jatuh dan gagal... hidup ini macam roda.. kejap kat atas kejap kat bawah.. kerana itu aku adalah aku yang sekarang...
Sabtu, 7 Disember 2019
Tahun 2020 dan segala2 diluar pemikiran
Khamis, 11 Julai 2019
Pasca kelahiran
Alhamdulillah dah habis pun fasa berpantang Irfan Hadi. Dan alhamdulillah juga berpantang kali ni lebih cergas dan sihat berbanding berpantang Rayyan Ardani dulu.
Pengalaman pertama tu mengajar kan. Apa yang boleh. Apa yang tak boleh sebenarnya bergantung pada badan sendiri. Lain orang lain kemampuan. Fulu masa pantang Dani. Sakit tumit x hilang2. Nak menapak sakit yang amat. N berat naik lepas 4 bulan. Tak tau mana silap. Makan ke. Excercise xbuat ke. Or stress. Huhuhu.
Untuk kali ni.sekarang berat dah turun. Alhamdulillah. Tapi belum capai berat ideal. Masih berusaha ke arah tu. Semoga dapat capai berat ideal tu cepat. N dapat kekalkan sampai bila2. InsyaAllah.
Ahad, 7 Julai 2019
Anak
Anakku
Melihat kau di depan mata
Membesar dengan sempurna.
Ibu cuba segala usaha
Agar anak sentiasa selesa
Anakku
Walau susah derita berair mata
Ibu cuba tidak berduka
Kalaupun ibu sakit
Ibu mahu segera bangkit
Demimu duhai anak.
Anakku
Kelak dewasamu
Jadilah manusia yg punya jiwa
Rendah hati dan sentiasa cakna
Peka pada suasana
Sedia menghulur tenaga
Anakku
Semakin dewasa dirimu
Ibu doa kau sempurna
Sempurna iman dan amal
Sempurna budi dan akhlak
Sempurna tingkah dan perlakuan
Jadi imam buat ibu
Jadi imam buat ummah
Anakku
Kalau tiada ibu disisi
Ketahuilah ibu titipkan kamu padaNya
Tuhan yang sentiasa ada
Tuhan yang sentiasa melindungi
Tuhan yang sentiasa mengawasi
Jadilah dirimu permata pada hati
Jauhari pada jiwa
Pada yang melihatmu
Tenang dan lapang di dada.
Sungguh ibu sayang
Sunggu ibu kasih
Dan kerana itulah
Ibu mahu kamu menjadi anak ibu
Anak yang berbakti
Anak yang baik hati.
Kelak wahai anakku
Andai kamu diuji
Ibu doakan kamu anakku
Segera diberkati dan di naungi
Semoga Allah. Tuhan kita
Perkenan semua doa ibu buat kamu
Agar nanti kamu anakku
Mampu berdiri berdikari biarpun sendiri.
LazuardyViolet
Sabtu, 6 Julai 2019
Long time
Lamanya tak berblog. Alhamdulillah. Ada sedikit ruang untuk blogging semula. Semoga semua sihat dan sentiasa ceria.
Dah 3 tahun berkeluarga. Alhamdulillah. Ada 3 hero. Baba diorang. N dua anak lelaki. Korang? Apa cerita?
Tak sangka
Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 𧑠Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...
-
kita merancang, tapi Allah telah pun terlebih dahulu mengaturkan banyak perkara untuk kita, kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu, tetapi...
-
Anda KELIRU Dengan PELBAGAI Hukum Tajwid?? Sudah BERTAHUN-TAHUN belajar Tajwid, namun masih LUPA nama hukum?? Anda seorang pengajar Al-Q...