Ahad, 5 Jun 2022

kita

 


kerana kita saling mengerti,tidak semua perkara yang kita mahukan kita boleh dapat. maka kita saling merelakan apa yang terbuku dan terpendam. masing-masing tahu apa yang berlaku bukanlah dengan sengaja dan sia-sia. masing-masing juga faham, perjalan cerita ini tidak sama seperti yang indah dibayangkan dan diharapkan. 


menerima apa yang ada, apa yang tersedia. selagi mampu bertahan, kita bertahan. selagi masih terpaut maka kekal lah berpaut. kerana kita saling melengkapkan. saling meleraikan, saling ada dan setia, 


biarpun kita tahu, nanti akan sepi, sunyi, terpisah juga dengan takdir yang memisahkan.


sungguh itulah kehidupan.bukan semua pertemuan akhirnya dengan kisah berpanjangan, sedang panas juga belum tentu hingga ke petang.


dan kerana itu. aku mahu engkau tahu. bahawa aku sesungguhnya sayang kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...