Seharian dengan kamu... terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk aku menguruskan segala hal yang berkaitan dengan adik2 di sana.. tiada apa yang mampu aku berikan selain jutaan ucapan terima kasih dan kasih sayang yang semikin bertambah2 buat kamu.. semoga jodoh kita berpanjangan dan berkekalan hingga akhirnya... dan bersabarla menanti hari2 bahagia kita ... berusahalah untuk menjadi lebih baik dan sempurna di mata tuhan dan berusahalah merebuat cinta tuhan dan aku akan menyusul kamu.. menhadirkan diriku untuk kamu seadanya... terima kasih tuhan.. terima kasih mak.. terima kasih abah.. dan untuk kamu.. terima kasih sayang ku...:)
kejayaan bukan terletak pada tidak pernah jatuh atau gagal, tapi kejayaan terletak pada kesanggupan untuk bangun setiap kali jatuh dan gagal... hidup ini macam roda.. kejap kat atas kejap kat bawah.. kerana itu aku adalah aku yang sekarang...
Ahad, 18 September 2011
Ahad, 4 September 2011
Beraya dengan Family VS Beraya dengan KAWAN
salam raya semua.. seronok raya? raya -raya juga tapi yang penting ambil pengajaran dari sambutan Aidilfitri nie.. bukan bersuka ria tak ingat dunia... Alhamdulillah kali nie dapat puasa penuh... Alhamdulillah Allah bagi peluanng untuk solat sunat Aidilfitri..
Raya kali ni best sangat sebab bakar lemang.. bukan aku lah yang bakar.. aku tolong masuk pulut dalam buluh ja.. lepas tu kat rumah aku ada open house 3 september... best... sebab ada family2 dan kawan2... tak nak cerita banyak la.. dah penat .. esok nak sekolah... ni saja conteng2.. rindu nak menaip.... hehehehhe... t jumpa lagi eh...:)
Isnin, 22 Ogos 2011
rehlah mahabbah
alhamdulillah.. program yang dirancang hampir 2 minggu telah berjalan dengan lancar walaupun bukan aku penganjurnya.. rasa gembira sangat dapat berjumpa dan sama2 berkumpul dengan kawan2 SHAH pekan.. hampir 6 tahun tidak bersua muka akhirnya tanggal 20 ogos telah menjadi titik mula untuk aku bertemu semula mereka yang dahulu pernah mewarnai hidup aku sebaga pelajar SHAH.... sesungguhnya pengalaman sehari bersama2 kalian amat bermakna buat aku....
here are some pict masa kat sana...
here are some pict masa kat sana...
Khamis, 28 Julai 2011
aku sebagai cikgu
dah lama sangat tak mengarang. janjiku ingin berkongsi cerita dengan sahabat2 ku akan aku tunaikan hari nie... alhamdulillah, selepas hampir tiga minggu menjadi suri rumah tangga berjaya.akhirnya aku telah bergelar seorang guru... di mana? hehehhe... di sekolah la yang pastinya... kali nie aku nak share subjek apa yang aku ditaklifkan untuk mengajar. Matematik tahun 2, Sains tahun 4, IT tahun 4 dan 5, Akidah tahun 1, Akhlak tahun 1, Hafazan Al-Quran dan Tajwid tahun 3. dan aku juga ditakifkan sebagai guru kelas 2 uthman..
aku dah jadi guru dua alam.,. subjek diniyyah dan akademik. kedua-duanya mencabar. bukan mencabar dari segi silibus tetapi mencabar kerana murid2 ku sememangnya terkena dengan kenakalan... :) pun begitu aku bersyukur kerana aku dah pun ada kerja di kaa orang2 lain ada lagi yang takde kerja... dan walaupun murid2 ku nie agak susah dikawal, aku akan pastikan semua mereka faham apa yang aku ajarkan. kalaupun tidak dapat memahami semuanya, dapat faham sedikit pun aku sudah boleh senyum... anak2 murid yang gifted macam mereka nie memang agak lemah dalam pelajaran tapi hati mereka semuanya baik2..walaupun nakal, mereka masih lagi boleh mendengar kata guru walaupun hanya untuk diam seminit.
doa ku ... semoga aku terus sabar mendidik mereka. dan mereka akan lebih mendengar kata dan lebih berusaha untuk berjaya dalam pelajaran mereka..:)
Rabu, 6 Julai 2011
pemilik hati by sixth sense
Di hatiku ini sunyi sunyi
Di jiwaku ini hampa hampa
Hidup ini kosong kosong
Hati ini sunyi sunyi
Tanpamu tanpamu ku sepi
Tanpamu tanpamu ku sunyi
Tanpamu tanpamu ku sepi
Tanpamu tanpamu ku sunyi
Engkau jiwaku
Hidupku hatiku
Engkau nafasku
Darahku nadiku
Rabu, 29 Jun 2011
selepas empat tahun
assalamualaikum semua.. semoga korang semua dirahmati dan dikasihi Allah.. salam isra' mikraj.... semoga kita semua dapat ambil pengajaran daripada peristiwa ini.. dalam peristiwa besar inilah kita diwajibkan solat.. daripada asalnya 50 rakaat.. tingal lima je... Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'... jom kite checklist cukup tak kelima2 solat kita... sebab 5 - 1 = 0 tau.. jadi jgn sengaja2 tak nak solat k...solat kan tiang agama.. :) entry kali ni bukan nak story tentang solat.. tapi nak story tentang 4 tahun yang dah berlalu..
bermula dengan jejak kaki first time dekat UDM hinggalah tamat latihan industri dari UNISZA.... aku belajar di tempat yang sama tapi ada dua nama.. menarik bukan... heheheh... terasa sekejap ja empat tahun berlalu.. alhamduillah segalanya berakhir dengan baik dan insyaAllah selepas nie kehidupan ku akan bertambah2 baiknya.. dan aku juga doakan semua sahabat2 seperjuangan masa dikampus dulu juga berjaya.. insyaAllah...
so .. apa buat sekarang? sekarang kat rumah... cuti sekejap sebelum start kerja lagi dua minggu.. kerja apakah? jeng... jeng.. jeng.. tunggu ehy.. t aku update pasal kerja aku... apa pun aku kerja nnt aku tetap aku.. cuma mungkin akan ada dua pendekatan yang berbeza dalam mentafsir aktiviti harianku nnt.. macam complicated pulak kan.. tak lah... biasa2 je.. yang complicated tu kehidupan... bukan aku.. complicated tak bermakna susah untuk dirungkaikan kan bukan? :)... apa tah merepek nie...
berbalik kepada soalan asal tadi.. apa aku buat sekarang... heheheh ikut kata mak... aku sekarang sedang menjalani latihan sebagai suri rumah tangga... heheheheh... dah nak nikah ke aku? tak lah... tak cukup umur lagi nie... cuma bersedia... nnt orang kata aku nie sekolah je tinggi2 tapi masak nasi pun tak tau.. kan tak bagus tu... walaupun hakikatnya gi sekolah bukan ada belajar masak nasi... betul tak? :) seronok juga belajar uruskan rumah nie.. macam2 kerja ada... aku pk2.. hebat lah mak2 yang bekerja nie... pg2 dah bangun siapkan sarapan... basuh kain baju.. kemas dapur... sidai kain dan macam2.... tabik spring kot kat mak2 nie.. esp mak aku...:) tapi kata mak alah bisa tegal biasa.. nnt aku juga akan hadapi perkara yang sama kalau aku berkerja dan dah berkahwin.... huhuhuhuhu...besar nye tanggungjawab.. dah ready ke untuk semua tu... macam belum je...
dah 23 tahun... satu usia yang bukan lagi muda... ada banyak lagi yang belum tercapai... aku masih lagi mahu belajar.. tapi kali nie.. belajar lebih banyak tentang ilmu agama... masih banyak yang aku jahil.. belajar mengaji juga.. ermmm jom korang.... kita beat siapa yang dapat khatamkan al-quran tahun nie... esp dalam bulan ramadhan nnt... siapa menang.. dapat reward besar dari NYA....:)
sampai sini dlu ... t ada masa kita story mory lagi k.... assalamualaikum....
Jumaat, 24 Jun 2011
ku yakin beraku
salam.... sedang buat kerja .... menghabiskan hari2 terakhir latihan industri... dengar lagu aidil.. cuba.. ost keranamu aila.. kemudian cari lagi au2 aidil.. dan jumpa lagu ni....suka jg pada liriknya... jom dengar ...
Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu
Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci
Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu
Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama
Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku
Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian
Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu
Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci
Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu
Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama
Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku
Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian
Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini
Langgan:
Catatan (Atom)
rindu
Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...
-
Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...
-
Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! π§‘ Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...
-
senyum... dalam hati terdetik rasa syukur dan bahagia.. alhamdulillah, perjalan hidupnya telah diaturkan lebih baik berbanding sebelum ini...