kejayaan bukan terletak pada tidak pernah jatuh atau gagal, tapi kejayaan terletak pada kesanggupan untuk bangun setiap kali jatuh dan gagal... hidup ini macam roda.. kejap kat atas kejap kat bawah.. kerana itu aku adalah aku yang sekarang...
Khamis, 24 Julai 2014
Isnin, 14 Julai 2014
Senarai barang yang menyokong israil dan perlu boikot
http://www.inminds.com/boycott-israel.html
Khamis, 12 Jun 2014
Disebalik nisfu syaaban
NISFU SYAABAN apa sebenarnya???? Apa yg benar?
CATATAN AMALAN
Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.
Hadith2 yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)
Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya :
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.
✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُ
شْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih.-
✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.
Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-
Oleh Dr Abu Anas Madani(Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman)
Rabu, 4 Jun 2014
kerana dia seorang cikgu
tapi bahasanya terasa menyakitkan,
benar dia juga manusia.. tidak terlepas kesilapan
kerana dia seorang cikgu,
bahasanya perlu dijaga,
kerana dia seorang cikgu,
sifatnya perlu memukau...
tapi cikgu juga manusia,
insan biasa dengan kesalah dan kesilapan...
bukan malaikat atau bidadari..
pun juga dia seharusnya lebih berhati-hati
berhati-hati dalam tutur kata dan bual bicaranya,
kerana kata-kata itu cerminan diri,
siapa kita diluar adalah terjemahan apa yang ada di dalam diri kita
kerana dia cikgu,
aku terasa caranya bukan sepatutnya begitu..
cikgu sepatutnya jadi pencerah, bukan jadi minyak
bukan jadi pembakar api kemarahan..
bukan menghasut, bukan juga beremosi dengan satu perkara yan belum dijelaskan
kerana dia cikgu,
dia yang mendidik,
dia yang menjadi tauladan anak didiknya
aku risaukan hal-hal seperti itu,
kerana dia cikgu,
aku melihat...
dia tidak patut menjadi api dalam sekam,
tapi dia sepatutnya mencari jalan menyelesaikan dengan hikmah..
tidak aku lupa, cikgu juga manusia..
namun kerana aku tahu.. cikgu.. seorang manusia berpendidikan...
seorang manusi berjiwa besar,
maka aku terkilan.. caranya tidak melambangkan dia seorang cikgu..
maaf.. terluah disini.. biar jadi peringatan buat aku dan yang membaca...
Allah sebaik baik perancang
Sabtu, 26 April 2014
Isnin, 7 April 2014
Rindu
rindu
Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...
-
Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...
-
Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! π§‘ Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...
-
senyum... dalam hati terdetik rasa syukur dan bahagia.. alhamdulillah, perjalan hidupnya telah diaturkan lebih baik berbanding sebelum ini...
