Rabu, 26 November 2014

white rose

it has been a while i'm not writing, tiada cerita? bukanlah.. ada banyak je cerita.. Alhamdulillah masih bernyawa....

rindu sebenarnya.. rindu pada dia.. seseorang yang pernah ada... semoga Allah permudahkan segala urusannya... insyaAllah

dan berlalu lah kenangan dalam ingatan bersama doa yang dititipkan tiap waktu..



Khamis, 20 November 2014

Mudahnya Membuatkan Allah Kagum

"Tuhan kamu kagum dengan seseorang yang menggembala kambing di atas puncak bukit. Di situ dia mengumandangkan azan kemudian solat".

"Lihatlah hamba-ku ini. Dia mengumandangkan azan dan solat kerana takut kepada-ku. Sesungguhnya aku telah ampuninya dan memasukkannya ke dalam syurga!"

[Riwayat Abu Daud]

Sabtu, 25 Oktober 2014

kerana engkau yang ku pilih

senyum...
tenang
damai

tiada lebih manis dan menyejukkan 
senyummu... tidak terpaksa
jelas ikhlas

sejuk jiwa
sejuk rasa
tangan di ubun...
tiup sabar

senyum
biarpun aku tahu kau sedih
kau takut aku hilang
kau senyum

senyum walaupun makin sukar
aku tahu luka itu 
aku tahu 

pun kau masih senyum
lirih mata tenang
tangan tetap erat
tiada kata terucap
cuma senyum

kasih tanpan pengorbanan bukan kasih
cinta itu dukacita
cinta bukan bermakna memilik semata-mata

jangan putus harap dengan TUHAN
kerana engkau yang ku pilih...

Jumaat, 24 Oktober 2014

in the making of.....

Assalamualaikum....

semoga semua sihat... rindu sangat.... rindu korang... rindu awak yang selalu ada mendoakan kebaikan... rindu awak yang baik yang ada dalam kenangan... rindu.. rindu sangat....semoga awak tenang , bahagia dan sentiasa baik je dengan kehiduoan sekarang....

Alhamdulillah... masa berlalu membawa kenangan kita jauh dari kesakitan... bukan tak ingat langsung.. ingat .. sentiasa ingat.. rindu masa-masa awak ada... serius tak tipu.... rindu KMPH.... rindu UNIsZa, rindu UiTM.... rindu SHAH Pekan....

berjalan tanpa pernah menoleh lagi ke belakang... melangkah dengan senyum dan harapan baru sentiasa... dalam hati titip doa... semoga Allah pelihara awak... semoga Allah balas semua yang baik2 yang pernah awak beri untuk saya... terima kasih sangat-sangat untuk semua tu.....titip kan juga doa untuk saya ye....


..............................................................................................................................................................

Rabu, 1 Oktober 2014

kalau Allah tentukan ada.. insyaAllah ada

Sebulan saja lagi masa yang ada untuk menuggu apa akhirnya kisah kami... Allah, hanya Allah yang tahu betapa jiwa tidak tenang dan bimbang...namun tiada apa yang mampu dilakukan melainkan doa dan terus doa untuk kebaikan... kalau Allah tentukan ada , insyaAllah ada....


Apa yang menarik dengan kerjaya sekarang?

Assalamualaikum semua,

semoga sihat selalu... dah lama jari tak menari kat blog ni.. berdebu dah agaknya blog nie...

agak sibuk sekarang.. sibuk ape ye? well, working as special clerk is not as easy as i thought... banyak bende juga nak kene buat... tapi tak pe.. violet suke sangat.. sebab tak stress pun bekerja kat sini...


persekitaran yang baik.. ade daurah, ada usrah... ade macam2 aktiviti kebaikan untuk kebajikan bukan hanya untuk sekolah, murid dan kakitangan .. tapi untuk diri sendiri... sebab tu rasa sayang nak tinggalkan kerja sekarang walaupun hakikatnya ada banyak kerja lain yang bersesuaian dengan tahap pendidikan....


kerjaya sekarang mengajar erti kebergantungan dengan Allah lebih tinggi.. mengajar erti usaha dan tidak putus asa.. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan untuk segala hal dan tidak pernah tidak berkecukupan...

rezeki yang sedikit tetapi berkat itu lebih violet dambakan berbanding rezeki yang banyak tapi tiada keberkatan....

walaubagaimana pun untuk terus hidup dan maju kedepan... akan juga melangkah dari tempat kerja sekarang ke tempat kerja yang baru demi sebuah tanggungjawab menyebarkan dakwah dan ilmu yang ada....

semoga Allah redha dengan apa yang violet buat sekarang... semoga mak abah juga redha...


rezeki milik Allah.. insyaAllah bila hati meletakkan sepenuhnya kebergantungan kepada Allah, maka Allah akan sentiasa ada dan hantar apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.. Allah mencukupkan segala kerpeluan dan Allah berikan mengikut masa dan waktu yang sesuai....


maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?


hingga jari bertemu keybord lagi, jaga solat ye kawan-kawan....

Salam sayang

LazuardyViolet 

Jumaat, 15 Ogos 2014

Jangan taksub dengan Cawan

Jangan taksub cawan hingga kopi tumpah
TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 11 Ogos 2014.
Aku bersama rakan alumniku yang dikira berjaya dalam kerjaya balik melawat ustaz kesayangan kita di universiti.

Ustaz Abu Khari menghampiri umur persaraan. Tingginya 52, seorang peramah dan terkenal dengan rendah dirinya.

Perbualan bersama Ustaz Abu Khari membawa balik kembali seribu satu nostalgia.

Di tengah-tengah, perbualan bertukar arus kepada rintihan mengenai tekanan di tempat kerja dan kehidupan. Kami semua, walaupun dikira berjaya, tetap menghadapi kesukaran mengerumudi tekanan kerja dan hidup seharian.

Waktu itu, Ustaz Abu Khari bangun dan ke dapur untuk menyediakan air kepada kami. Air kopi kesukaannya dibancuh di dalam satu teko dan pelbagai jenis cawan disediakan untuk kami – porselin, plastik, kaca, kristal, yang biasa, yang mahal, yang unik rekabentuknya – dan menyuruh kami untuk menghidangnya sendiri.

Kami semua mengambil giliran masing-masing untuk mengambil air kopi yang dihidangkan. Ada secawan terlebih.

“Jika anta semua perasaan, semua cawan yang elok dan mahal semua diambil, yang tinggal hanyalah cawan yang biasa. Adalah normal bagi anta semua nak yang terbaik untuk diri sendiri, tapi itulah juga punca kepada segala tekanan dan masalah anta semua.

Kita tahu cawan tidak akan mengenakkan lagi rasa kopi. Dalam kebanyakan keadaan, ia cuma lebih mahal, malah ada di situasi tertentu ia memendamkan apa yang kita minum.

Apa yang diperlukan anta semua ialah kopi, dan bukan cawan, tapi secara sedar, anta semua berebut untuk cawan yang terbaik, dan selepas itu, anta semua saling melihat cawan yang ada pada orang lain.

Sekarang, bayangkan kehidupan ialah kopi, kerja, duit dan pangkat di dunia sebagai cawan - mereka cumalah alat untuk memegang dan mengisi kehidupan. Tapi jenis cawan tidak akan mengubah, mahupun memberikan makna kepada kualiti kopi yang ada. Kadangkala kerana cawan, kita lupa untuk menikmat kopi yang dibuat Allah ini. Ana tukang bancuh saja,” kata Ustaz Abu Khari.

Kami semua terpegun dan tersentak. Dengan seteko kopi, Ustaz Abu Khari menjawab segala persoalan di minda kami.

“Orang yang gembira dan bahagia tidak memiliki segalanya. Mereka cuma memanfaatkan apa yang ada,” tambah Ustaz Abu Khari lagi sebelum kami meminta izin untuk beredar.

Kami semua tersenyum.

Wahai anakku,
Dalam hidup ini, jangan taksub pada cawan sehingga tertumpah kopi. Jangan pula terlalu fokus pada kopi tapi terlupa ia perlukan cawan untuk diminum.

Hingga jari bertemu keyboard lg...jaga iman..jaga solat..

Salam Sayang
Lazuardy Violet

rindu

 Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...