Ahad, 29 Ogos 2010

nilai RM20.00

dalam keadaan duit tengah tak berapa nak ada ni.. aku selalu juga intai2 peluang nak tambah duit .. if aku boleh buat kerja tu dan mendatangkan duit aku akan buat.. tak kira lah apa pun kerjanya janji halal dan boleh aku buat tanpa ganggu masa belajar aku..

dan semalam (sabtu) dari pukul 9 pagi aku gi "lepak" di sebuah kedai buat biskut... buat apa ja kat sana? seharian kat sana.. meratakan doh untuk biskut srawberry layer, short break anad pack biskut yang dah siap masuk dalam bekas.. walaupun macam sikit ja kerjanya.. tapi sebenarnya banyak.. nak pack 15 loyang biskut.. satu loyang ada 100 keping.. 15 x 100 = 1500.. hehehe dah macam belajar matematik pulak.. :) tu baru satu jenis.. 1500 x 2 = 3000.. satu bekas dapat isi 50.. jadi.. semua sekali dapat berapa bekas.. cepat kira.. sapa cepat aku belanja biskut strawbery layer..

akhirnya... dah nak balik.. tolong angkat kotak biskut masuk dalam kereta tuan kedai untuk penghantaran.. berat lah juga.. terasa sengal juga lah pinggang dan badan.. mana tidaknya.. buat kerja duduk ja mengadap biskut2 tu..  nasib baik puasa. kalau tak ada juga aku makan biskut2 tu sume.. :p dan atas usaha yang tak seberapa tu.. aku dapat RM20.00. walaupun tak banyak.. tapi inilah hasil kerja tulang empat kerat aku.. walaupun hanya RM20.00.. aku belajar menghargai penat lelah mak abah aku cari duit untuk besarkan aku, sekolahkan aku.. diorang kerja lagi teruk dari apa yang aku buat... besarnya makna RM 20.00 yang sikit tu..

dalam perjalanan balik aku berfikir.. apa agaknya perasaan orang2 kat luar sana yang kerja tengah2 panas bila dapat duit hasil kerja mereka.. macam aku juga ke teruja dengan nilai RM20.00 tu? inilah hidup.. susah mengjar kita untuk berusaha lebih untuk keluar dari susah tu... tapi ada juga orang yang tak tahu asal usul bila dah senang.. aku harap aku tak lah termasuk dalam golongan yang macam tu bila dah kaya raya nanti..:)

ermm.. kesempatan ni juga aku nak bagitau korang.. bahawa setiap dari kita ni ada kelebihan masing2.. cuba manipulatekan kelebihan yang kita ada tu untuk buat duit... huhu.. aku dah mula terfikir nnt nk buka bakery sendiri.. dah terbayang nak ada pusat asuhan budak2..dan macam2 lagi.. tapi yang penting.. bila kita kerja kita juga mampu memberi peluang kerja kepada orang lain.. hermm.. Ya Allah perkenankanlah permintaan dan hajat serta harapan yang menggunung nie...Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...