Ahad, 24 Oktober 2010

~Rehlah n Perjalan Mahabbah~

hari jumaat.. 

pukul  tiga setengah petang-bergerak naik kereta.. destinasi-kuala kenau.. tujuannya- camping.. masa tiba -empat setengah petang.. suasana.. gerimis dan semakin lebat.. habis basah baju..aktiviti yang dilakukan-- mencari kayu api, buat unggun api, pasang khemah dan memanggang ayam,ikan dan makan di tepi sungai.. perasaan-- sangat teruja, gembira dan taksub...sesungguhnya ciptaan Allah itu sangat indah.. tadabbur alam  adalah satu daripada cara untuk menikmati indahnya ciptaan tuhn, mengenali diri dan mengakui kekuasaan tuhan.. subhanallah..

pengalaman lain---rehlah mahabbah dengan adik2 dari irsyad, solat berjemaah kat tepi sungai.. ambik wuduk dalam air sungai yang dingin dan nyaman.. sujud solat atas batu2 sungai dekat hamparan ruang solat berdekatan dengan sungai... Allah, sungguh dekat rasanya aku dengan MU.. pengalaman yang takkan mampu aku perolehi ditempat lain...inilah pengalaman yang mahal yang aku inginkan...

sebelas tengah malam-- bertolak balik rumah.. sebab esoknya(sabtu) nak ke kuala lumpur...destinasi--PICC dan masjid wilayah., tujuan -- majlis konvo adik tersayang dan urusan bantuan kewangan juga untuk adik tersayang.. peranan aku-- peneman bondaku, ayahku dan pemudah urusan.. tujuan lain-- jumpa dia... kenalkan dia dengan bondaku dan ayah..sungguh Allah itu maha penyayang.. digantikan sesuatu yang aku rasakan baik,tapi sebenarnya tidak baik untuk aku dan dia dengan sesuatu yang lebih baik..Alhamdulillah.. semuanya lancar.. dan nampak bonda dan ayah senang dengan dia.. dan dia senang dengan bonda dan ayah.. dan aku turut merasakan bahagianya..

untuk adikku yang selalu aku doakan.. tahniah kerana berjaya mendapatkan segulung ijazah.. semoga hidup kamu akan terus berjaya.. along akan selalu doakan.. kacak sungguh adikku.. berbaju ungu lengkap bersampin dan songkoknya..(gambar je tada nak upload)... bangga aku tengok kejayaan dia.. semoga kejayaan dia akan jadi pendorong untuk aku dan adik2 yang lain untuk sama2 mengejar cita2 kami hingga berjaya.. insyaAllah .. Amin..

sabtu ..lima petang.. makan malam dekat wira seafood.. sedap.. menu--kuew teow hongkong, nasi goreng ikan masin, nasi goreng kampung, air milo,nescefe,dan laici kang.. bukan semua aku yang makan la.. tu menu semua orang juga.. hehehe..pukul enam setengah--- ambik kereta kat tempat dia dan bergerak semula ke kuantan..penat.. satu hari berjalan ja.. padahal duk dalam kereta ja pun.. tapi serius penat.. 

sebelum balik.. dia hadiahkan payung dan sehelai tshirt..terima kasih yang tak terhingga kerana membantu aku dan parentsku.. tq very much... kesian dia.. dah macam driver pulak.. tapi satu yang aku suka dengan dia.. dia pandai bawa diri.. alhamdulillah.. semoga Allah permudahkan urusan aku dan dia.. 

lapan malam..bertolak dari gombak ke kuantan.. kepala pening.. mata rasa berat ja.. tak sampai setengah jam perjalanan aku dah lelap.. tapi rasa macam sekejap ja  perjalanan balik.. pukul sembilan dah sampai hentian temerloh.. berhenti dan solat.. makan2 sikit dan gerak semula.. sepuluh setengah malam sampai kuantan.. sebelas malam sampai depan rumah.. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat tiba..

dan hari ni...Ahad.. tujuh setengah pagi bertolak dari rumah...destinasi--tempat belajarku... kesian bondaku dan ayah.. penat semalam pun tak habis lagi.. hari ni menghantar aku pula.. sungguh mereka sangat2 sayangkan aku.. bertuahnya aku memiliki mereka.. bondaku terutamanya.. tak pernah biarkan aku susah sikit pun.. bondaku tabah dan kuat semangat.. danaku selalu doa agar aku juga kuat dan tabah sepertinya..

dan sekarang .. aku dah habis bercerita.. ada banyak yang nak aku kongsikan.. tapi aku tak larat lagi nak mengarang.. semoga setakat yang dah aku kongsi ni ada yang boleh dijadikan panduan dan peringatan.. untuk aku,aku,aku,aku dan kamu semua yang sudi membacanya...jumpa lagi nanti..:) Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...