Khamis, 20 Januari 2011

Cerita orang Solomon dan kaitannya dengan kehidupan.

assalamualaikum semua.. dah lama tak bercerita kan.. rindu pulak nak share cerita dengan kawan2.. :) cerita dia macam ni... pagi ni on the way nak gi pejabat pasang la radio malaysia pahang.. biasanya dengar ikim atau hot.. tapi tetibe teringat ada satu pagi tu dengar lagu dalam loghat negeri pahang comel sangat lagu tu.. sampai terkekek-kekek aku ketawa.. hihihi..saja lah nak mulakan j=hari dengan keceriaan kan..

tapi lagu tu tak de lah pulak pagi ni.. ada satu slot motivasi pagi.. permulaan slot tu dengar suara macam dalam fligt jek.. ingtakan iklan.. rupanya stail orang tu bercakap mcm tu.. ngee.. motivasi pagi ni mengisahkan tentang tabiat pelik orang2 di kepulauan solomon yang suka sangat menjerit.. menjerit pada apa korang tau? bukan pada orang tapi pada pokok..pokok yang macam mana?

orang solomon akan menjerit pada pohon besar yang susah untuk ditebang bagi menyediakan keperluan mereka.. salah satu cara yang mereka rasakan cara terbaik setelah teknologi gergaji.. kapak.. genza dan sebagainya tidak dapat menumbangkan pokok itu ialah dengan menjerit kepada pokok tersebut.

menurut kepercayaan mereka dan telah pun terbukti sejak zaman nenek moyang mereka.. pokok yang dijeritkan itu akan tumbang setelah beberapa hari dijerit oleh orang solomon ini.. cara mereka menjeri kepada pokok ini ialah.. beramai2 menjerit kepada pokok dan ada yang panjat hingga kepuncaknya dan menjerit dari atas pokok itu.. akhirnya pokok itu mula layu.. daun2nya gugur.. dahan2nya menjadi kering dan pokok itu mudah untuk ditumbangkan... ajaib kan????

bagaimana hanya dengan jeritan boleh mematikan sebatang pokok besar yang besar dan teguh.. berdasarkan kajian .. jeritan atau kemarahan boleh melemahkan semangat dan mematikan jiwa.. takkan lah pokok ada jiwa kan..? tapi satu fakta menarik yang perlu korang tahu , semua benda hidup takkira lah pokok ke binatang ke.. benda2 hidup ni ada ruh dan semangatnya juga.. ruh dan semangat ni akan jai lemah dan mati apabila diberikan tekanan dan disesakkan dengan kemarahan, kebencian.. lemahnya semangat dan matinya ruh akan memusnahkan jasad atau hidup banda hidup ini.. sepertyi apa yng terjadi pada pokok besar tu..

apabila mengaitkan cerita ni dengan kehidupan kita sehari2.. semua manusia tak suka dimarah kn.. dan semua orang akan merasakan satu7 perasaan negativ apabila dimarah, di herdik, di tengking.. bagi yang lemah semangatnya.. perbuatan 2 ni lah ayang akan menjadikan mereka sangat2 lemah dan akhirnya mati... ataupun oarang2 yang selalu dimarah ini akan bersikap negativ.. sebab tu lah agaknya kadar remaja stress kat malaysia ni tinggi kan.. agaknya budak2 ni selalu kene marah dengan cikgu atau mak ayah diorang sebab diorang bersikap negativ.. ermm

kenapa remaja kita ni negative? sebanya.. terlalu banyak lambakan hiburan dan pembudayaan hedonisme dalam masyarakat yang tidak terkawal.. anak2 muda ni disajikan dengan segala macam jenis hiburan.. rancangan2 kesedaran pula hanya sedikit.. dan cara penyampaiannya tidak menarik perhatian anak muda..yang banyak tengok siaran ni mak2 dan ayah2 yang dah nak pencen..ngee..

jadi.. moh lah kita ubah sikap kita yang suka marah2.. tinggi suara... cakap tu nakk menengking ja kepada sikap yang lebih baik.. bukanlah kene lemah gemalai pulak lepas ni.. tetapi bercakap dengan nada yang sesuai.. marah tu boleh tapi biarlah bertempat.. ot ye pun marah tandanya sayang.. janganlah semua benda nak marah kan..:) renung2kan lah... jangan jadikan diri kita sebagai punca oarangh lain lemah semangat dan tidak bersemangat..:) jadikan diri kita.. orang yang menyebab orang lain rasa bahagia dan ceria..macam lagu senyummalique dan najwa tu..
..
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...