Rabu, 9 Mac 2011

H.U.J.A.N

pagi ni hujan selebat2nya.. dan tadi keluar dari rumah agak lewat ke office..dengan hujan lagi ni..  sure2 lah jalan jam.. penuh kereta atas jalan.. ermm pengajarannya kalau hari hujan kene keluar dari rumah lebih awal ...ermm..


jalan2 kebanyakannya dilimpahi air.. hope hujan ni hujan rahmat bukan hujan bencana yang akan mengcleankan segala macam kekotoran yang ada di negeri Tok Gajah ni...Mungkin kah bah besar tahun 2002-2003 tu berulang? mungkin kah apa yang berlaku kat Johor bakal berlaku kat Pahang pulak.. ermm.. semoga kita semua jadi hamba Allah yang tahu bersyukur dan selalu mensucikan hati  dan menghindarkan diri dari perkara2 terlarang.. balasan Allah bukan hanya kat akhirat .. sekarang ni pun dah jelas lagi terang bersuluh.. Allah telah menghapuskan orang2 yang ingkar dengan perintah dan suruhanNya dengan menurunkan bala bencana kepada mereka..

baca dan hayati semula sejarah kaum nabi Luth dan nabi Nuh.. dan beberapa kaum lain.. lihatlah.. apa yang berlaku kepada mereka.. dan bandingkan apa yang telah berlaku kepada umat manusia hari ini..suasana berbeza tapi jalan cerita dan kesilapan yang hampir sama malah mungkan sama..dan balasan yang Allah berikan kepada mereka akan juga Allah berikan kepada kita.. sama.. atau mungkin lebih dasyat lagi.. Nauzubillah.. ermm.. rancak je jari aku ni menaip.. aku hampir lupa bahawa aku juga manusia yang penuh dosa.. Astaghfirullah hala'zim

         Oh Allah ampunkanlah dosa2ku dan mereka yang berada disekelilingku.. peliharalah kami dari azab seksaanMu di dunia dan di akhirat.. berikanlah petunjuk dan bukakanlah hati kami agar kami dapat menerima petunjuk dan mahu melaksanakan suruhan dan perintahMu..dan jadikanlah kami orang2 yang tahu bersyukur kepadaMu.. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...