Jumaat, 4 Mac 2011

jejak kasih...???

teruja nak bercerita..:) tadi.. turun je dari kereta.. macam biasa.. berjalan nak punch kad.. tetibe je.. ada adik manis ni senyum kat aku.. adoi.. apesal lah pulak.. memang kebiasaan aku suka senyum dan sapa adik2 kat uitm ni ..takkan nak buat muka garang pulak kan.. ermm..tp ini pagi lain macam pulak adik tu senyum kat aku.. dan dia bangun dari duduknya dan terus tanya.. kak NNN kan.. dan aku pun jawab ya..

salam2 dan terus lah bertukar2 cerita.. aku pandang muka adik ni lama.. baru aku ingat dia junior aku masa sekolah dulu... haila.. kecik je kuantan ni.. pusing2 orang sama juga jumpa.. bangga sekejap aku.. tak sangka pulak adik2 ni boleh ingat aku.. sedangkan aku dulu time sekolah boleh tahan juga garangnya..bangga tu bukan sebab aku diingati sebab kegarangan aku.. tapi sebab beberapa perkara yang baik pernah aku buat.. tapi aku sendiri dah tak ingatapa yang aku tolong adik2 ni.. ermm..tp alhamdulillah adik2 ni dah berjaya..:) 

cerita ni bukan tadi ja.. sebelum2 ni lagi dah ada.. adik2 ni buat aku rasa segan pun ada juga..ngee.. tak sangka kan.. mereka yang pernah aku jaga dulu (sebab aku exco yg berwajib untuk jaga) sekarang dah jadi orang dah semuanya.. dan sekarang mereka dah faham kenapa dulu masa sekolah aku selalu bertegas dengan disiplin walaupun aku bukanlah seorang yang hebat sangat bab disiplin ni.. "SHAH Where Excellence is Created" 



disinilah kami membina ukhwah.. disinilah aku belajar dari form1 sampai aku form5.. kat sinilah juga aku kenal Dia.. dan disinilah aku kenal Nur Syamimi Amran. best friend yang plg best..She was a good friend.. kawan yang aku takkan dapat galang gantinya..adik2 tu buat aku rasa nak kembali lagi ke sana.. InsyaAllah 1 hari nanti mungkin.. rindu nak jejak semuala kaki ni di tempat aku mencipta kejayaan dan mengenal apa itu persahabatan dan sedikit tentang kehidupan.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...