Isnin, 4 April 2011

bercerita tentang masa depan

semalam kami banyak bercerita, bercerita tentang apa yang akan kami buat bersama2 nanti, semalam, kami merancang pelbagai agenda. agenda untuk membina empayar kami sendiri.. aku bila ingat semua tu, rasa macam sempatkah? ermm... umurku yang ada nie. sempatkah nak buat semua tu..?

sempatkah bekerja, membalas jasa ibu ayah ku.. sempatkah...nk bersama2 membina keluarga dan kerjaya.. ermm.. masa berlalu terasa sangat cepat..belum kira amal lagi.. tentunya belum mantap.. bersediakah aku? sedangkan ajalku entah bila.. mungkin sesaat lagi.. mungkin sekejap lagi.. pun begitu, masih bernyawa saat ini.. alhamdulillah..

bercerita tentang masa depan, sungguh asyik dan mengujakan... tapi daalam diam aku takut.. apakah semua itu akan sempat aku laksanakan.. aku tidak muhu minta umur yang panjang tap aku juga tidak mahu hidup yang sekejap... sungguh Allah maha mengetahui segalanya... dan sungguh aku hanya mampu merancang.. tapi perancangan Allah untuk aku lebih hebat..


bercerita tentang masa depan.. aku mengira2.. aku berjaya.. tapi itu perkiraan ku.. perkiraan Allh lagi jitu.. dan aku berharap aku bukan golongan yang akan terpedaya dengan tipu daya makhluk Allah yang direjam.. Aku mahu syurga.. biarlah kafarah dosaku Allah bayar terus di sini.. Aku takut azab disana lebih dasyat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...