Rabu, 6 April 2011

Melayu dan Islam... aku termasuk x?

Melayu.. satu bangsa yang di banggakan.. bangga kah aku dilahirkan sebagai seorang melayu? entahla.. aku tidak membengga-banggakan bangsaku.. bagiku.. aku lebih berbangga dengan kelahiranku sebagai seorang ISLAM.. tapi banyak perkara yang berlaku disekitar aku sekarang.. jadikan aku tak habis fikir.. kenapa nak2 orang melayu  yang ISLAM ni suke sangat buat perkara yang dilarang agama.. termasuk juga aku? mungkin? tidak.. aku masih tahu hukum..
tapi aku sedih.. statistik buang anak.. ramai sangat melayu nya.. dan comfirmlah ISLAM.... statistik jenayah.. juga ramai melayu nya.. pening kepala.. kawan2 sume kate tok sah pk lah hal orang.. jaga hal sendiri je sudah.. tapi sampai bile tak yah pk..? lama2 kene pk juga.. aku akan kawin akan ada anak, akan ada keluarga.. akan hidup dalam masyarakat.. takkan aku nak keluarga dan anak2 aku hidup bergaul dalam masyarakat yang rosak? nauzubillah,
susah.. hari ni pemimpin yang sedia ada dengan cara liciknya.. tak de bende lain nak buat gamaknye duk usaha nak jatuhkan orang.. yang setengah pemimpin lagi duk lambak2 pelbagai program hiburan.. ada yan gislamik pun dah liberal.. aku sendiri pening.. betul ke negara ni mengamal kan sistem pemerintahan Islam sebenarnya..
nak mujahadah macam mana kalau sekeliling penuh dengan maksiat yang sumenye menarik nafsu.. patutlah Nabi pernah kata ummat akhir zaman nie lebih susah nak berjuang.. dan patutlah sebelum Nabi wafat dulu baginda risaukan Ummatnya.. rupanya begini akhir cerita yang semakin hampir ke penghujung..

ap yang aku duk pk sekarang.. adakah ISLAM kat Malaysia tanah airku ni akan kekal hebat ditangan bangsaku ?bangsa MELAYU.. atau nnt ISLAM itu akan hebat ditangan bangsa lain.. huhhh.. bukan faktor bangsa yang nak aku bangkitkan .. bukan. aku cuma terfikir apa akan jadi pada bangsa ku yang sangat suka berhibur.. hinggakan ada diantara bangsaku yang sanggup bersusah payah datang untuk test bakat menyanyi dan berlakon untuk ubah nasib keluarga.. cetek sungguh pemikiran mereka.. aku tak hina kerja menyanyi dan berlakon tu.. tapi kat malaysia ni itu je ke cara nak ubah masa depan hidup..? mak ayah menangis kalau nak2 kalah idola kecil.. kecewa anak tak dapat masuk pertandinagn nyanyian.. tapi berapa ramai yang sedih kalau anak mereka tak pandai mengaji..tak reti nak solat..

nanti bile meraka mati.. anak2 nie boleh ke doakan kesejahteraan mereka kat sana.. sakit kepala mengenangkan semua tu.. belajar subjek pendidikan islam.. hantar anak g sekolah agama.. tapi belajar untuk lulus peperiksaan semata2.. bukan untuk amal.. pelik sungguh... semakin hari semakin pelik.. dan semakin meruncing keadaan masyarakat..pemudanya dihanyutkan dengan pesta2.. yang kecil2 diajar menari dan menyanyi... yang sudah tua tak kalah dengan yang muda.. aduhai.. rosak bangsa ku..

terima kasih kepada ibuku yang sunggu tegas soal berpakaian dan pergaulan.. soal solat dan mengaji.. soal puasa dan hukum.. terima kasih kepada abahku kerana bertegas dalam banyak hal .. sekarang aku faham kenapa mereka buat semua tu.... untuk kamu semua yang membaca entry nie.. pk lah.. apa yang kita boleh buat untuk bangsa kita.. nak maju dengan maruah dan moral terjaga .. dengan ISLAM tercinta.. atau kita nak tengok je bangsa melayu terus leka.. aku bimbang.. bimbang nnt datang masa bila perlu memiluh.. kita akan pilih ikut dajjal berbanding ikut kata iman yang akan menjamin syurga buat kita.. semoga kita semua dalam naungan Allah.. insyaAllah.. doa sama2 k..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...