Sabtu, 7 November 2015

Hampir berakhir

Selepas tiga tahun, perasaan curiga, tersekat dan terhalang yang selama ini membelenggu jiwa akhirnya terjawab satu persatu. Daripada kisah tidak serasi, tidak sejiwa, dan akhirnya kisah orang ketiga yang telah lama ada diantara Aku dan dia. Maka apalagi yang harus Aku ucapkan? Kecewakah Aku? Atau bahagiakah Aku dengan penjelasan-penjelasan itu.

Setiap hari Aku berusaha melawan rasa sedih yang terlalu amat, kebodohan menghantui. Namun tidak juga Aku faham kenapa Susah untuk Aku tinggalkan. Sedangkan Aku tahu, kebahagiaan bersama-sama dengannya tidak akan ada.

Apalagi yang Aku nantikan pada seorang lelaki yang sangat Aku sayang dan kasihi. Doa Aku didengar tuhan, tapi kenapa Aku tidak kuat. Setiap detik, doa tiada Henti, Allah hapuskanlah perasaan itu jika dia bukan untuk Aku, dan jangan ada benci.

Sesak, sebak. Tiada air mata, tekanan jiwa dan emosi berbaur. Kenapa aku lemah dengan ujian emosi ini. Setiap hilang akan berganti. Semoga ada yang lebih baik menanti. InsyaAllah .

Hati ini,sesungguhnya milik tuhan. Maka sedarlah Aku, tiada apa yang sempurna milik melainkan hanya pinjaman sementara.

Aku menangis lagi , mata berkaca-kaca, ku tahan Dari Turun hujan, kerana Aku tidak sanggup melihat pipiku basah lagi kerana seorang lelaki yang cintanya tidak abadi.

Doakan Aku, agar Aku gagah bangkit berdiri, Aku perlu hidup ... Biar hidup yg membagiakan itu juga dapat Aku rasai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...