apabila kebiasaannya kamu ada dan tiba-tiba kamu hilang,
perasaan tertanya-tanya itu muncul menerjah ruang fikiran
kemana pergi kamu yang kebiasaannya ada itu?
lalu pelbagai persoalan rancak menari pelbagai rentak tidak sekata
kemana hilang nya kamu itu?
dan hati pun mula bersangka-sangka yang bukan-bukan
rasionalnya apakah wajar itu difikirkan?
padahal cerita yang biasa itu baru sahaja seminggu
sangat baru untuk di tunggu-tunggu kedatangannya
dan sangat baru untuk merasakan bahawa dia akan selalu ada
hati memujuk, kesakitan jadi penghalang
mungkin
lalu hati memujuk lagi,
bukan kah kebiasaannya ada itu hanya pinjaman
yang hadirnya seperti pelangi,
cantik pada pandangan
membuat bibir mengukir senyum?
lalu, tenanglah duhai hati,
jangan gelisah
kerana cerita kebiasaan itu hanya pinjaman
sekejap
buat melupakan kesedihan dan kekusutan jiwa,
tenanglah duhai hati
Allah sedang mengaturkan yang baik-baik untuk kamu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan