Selasa, 24 Mei 2016

dia dan aku

pertemuan dan perpisahan merupakan lumrah kehidupan
Allah aturkan sesuatu tanpa kita sedari hikmah disebalik kejadian sesuatu peristiwa
maka bersyukurlah bila kesedihan yang pernah datang itu kian sirna ditelan waktu
di bawa arus kehidupan yang bewarna warni.
sungguh cinta itu adalah anugerah yang indah
dan kecintaan kepada makhluk bukanlah sesuatu yang kekal dan abadi,

yang kekal hanyalah cinta kepada sang Pencipta cinta dan kasih sayang itu
maka bercintalah merebut cinta dan redha sang Pencipta

akan Dia hadirkan juga seseorang yang turut sama mencari redha dan cintaNya untuk mengiringi
InsyaAllah

keterbasatasan waktu dan jarak tidak memisahkan
malah lebih mendekatkan
keterbatasan cara dan tingkah bukan penghalang
hati bertaut kasih sayang
setiap yang ada kebaikan didoakan supaya kekal dengan kebaikan

Asasnya satu, Allah yang mengaturkan
perancangan Allah itu maha hebat

hakikat menyedari bahawa cinta itu milik Tuhan
lalu aku titipkan doa-doa yang panjang agar hati dan perasaan ini terpelihara
kerana aku sedar situasinya bukan semudah yang aku bayangkan

semoga Ada jalan keluar yang baik bagi segala rencana dan cerita suka duka ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...