Memikirkan sesuatu, apa agaknya jalan cerita yang seterusnya?
Kecintaan atau kegilaan?
kejayaan bukan terletak pada tidak pernah jatuh atau gagal, tapi kejayaan terletak pada kesanggupan untuk bangun setiap kali jatuh dan gagal... hidup ini macam roda.. kejap kat atas kejap kat bawah.. kerana itu aku adalah aku yang sekarang...
Selasa, 30 Ogos 2016
Kegilaan atau kecintaan
Isnin, 29 Ogos 2016
KAn ku doa
Kan Ku doa pada Tuhan
Agar kita bersama
Kan Ku doa pada Tuhan
Kau milikku, Ku milikmu
Kan Ku doa pada Tuhan
Cinta ini abadi
Kan Ku doa pada Tuhan
Kasih ini untuk mu
Kan Ku doa pada tuhan
Setia Aku untukmu
Sabtu, 27 Ogos 2016
Kerja aku
Saya mungkin lama kat kuantan, sape nak jumpa urusan bisnes dan kerja,
Bagitau awal² ya. Kita set masa, insyaAllah.
Tetiba mcm penuh je jadual harian, kau kerja apa sebenarnya?
tutor tusyen 😍😊☺😁
Haah tutor tusyen dan supply tutor tusyen
Seronok ke jadi tutor?
😊 hanya yang merasai tahu seronoknya tu macam mana
So kayalah?
Hahahaha, nak kaya macam mana tu? Tokey balak pun kalau kau spesis tak reti menyimpan , belanje sesuka hati kau, kayap jugak.
Alhamdulillah, berkecukupan dan ada lebihan untuk simpanan.
Tak percaya? Sila percaya
Saya suka kerja saya,
Anda suka kerja anda?
Buatlah kerja apa pun Yang baik dan halal, niatkan kerja kita untuk ibadah, untuk memberi manfaat kepada orang lain, rajinkan memberi, hargai potensi dan yakin dengan diri sendiri. Kita akan rasa kepuasan pada apa yang kita usahakan. InsyaAllah.
Salam sayang
Lazuardyviolet.
Khamis, 11 Ogos 2016
Allah tahu sayang,Allah tahu.
sihat? rindu violet?
violet pun rindu.
rindu sangat,
perjalanan seminggu ditempat baru sangat menarik dan Alhamdulillah, semua masih berjalan lancar.
seminggu jauh dari keselesaan dan kesenangan, hati terdetik sayu, terjentik rasa menghargai setiap yang ada betapa kerdilnya aku, melihat diri sendiri . kehidupan kini tak lebih daripada kasih sayang dan rahmat Allah. siapalah aku dimata tuhan? jika tiada Tuhan? mampukan aku bertahan sehingga hari ini.
Alhamdulillah.
perlahan-lahan, semua yang lalu hilang. hati semakin kuat, diam semakin sepi.
pada siapa aku mengadu, pada Dia tuhan yang maha tahu.
doaku setiap sujudku,
Allah hadiahkan seorang suami
yang baik imannya, akhlaknya, agamanya
Doaku setiap sujudku, disejahterakan kehidupanku dan semua yang aku kasihi,
diberikan kesihatan untukku dan orang yang aku kasihi
doaku dalam setiap sujudku,
bahagiakanlah semua jiwa dan hati yang mengasi dan menyayangi aku
sungguh tiada yang mampu aku balas pada setiap jiwa yang memberikan perhatian dan kasih sayang.
aku memilih untuk tidak memilih.
kelelahan setia dan kesedihan menahan luka menjadikan aku sepi, tertutup hati untuk membuka hati pada perkara yang tidak pasti. kerana manisnya kata-kata dan manis janji-janji tidak memberi bahagia, malah aku yang tersakiti, malah lebih tersakiti.
maka cukup untuk aku mendoakan kebaikan . agar aku juga menerima kebaikan.
aku tidak berubah
aku masih aku yang sama
cuma aku lebih memilih menjaga diri dan hatiku sendiri.
aku bahagia
aku gembira, ceritanya kerana hati aku
tidak lagi pada jiwa dan hati orang yang aku mahu lihat kebahagiaannya.
setia dan sabar kini,
hanya untuk yang pasti.
bila?
insyaAllah bila masanya tiba.
Siapa?
seseorang yang sentiasa dalam doa
insyaAllah, jika bukan di sini. akan ada di sana
Allah tahu sayang,
Allah tahu.
Ahad, 7 Ogos 2016
Bila waktu berlalu
Dan perjalanan Ku tempuh
Suka, duka,
Tangis dan tawa
Tercoret diwajah , Ku ukir senyum
Paling indah
Esok,
Jika Aku melangkah pergi
Maafkan Aku
Kerana tempatku bukan disitu
Aku singgah
Aku bercerita
Aku melihat,
Aku menikmati
Pada apa yang dipinjamkan
Seketika
Bila aku sedar,
Semua itu bukan milikku,
Hati, jiwa dan rasa,
Maka aku diam,
Dan aku pergi
Semoga yang akan datang lebih baik
Semoga yang Ku tinggalkan lebih menghargai
Aku bukan bidadari
Aku manusia biasa
Pada zahirnya, aku juga mahu bahagia
Dan aku tinggalkan mimpi
Biar yang nyata mengambil ganti
Hidup ini,
Jika bukan cerita kita,
Maka aku mengerti, aku harus pergi.
Demi tuhan yang maha mengetahui,
Luka itu masih berbaki
Izinkan aku pergi
Mencari bahagiaku sendiri,
Tak sangka
Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 𧑠Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...
-
kita merancang, tapi Allah telah pun terlebih dahulu mengaturkan banyak perkara untuk kita, kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu, tetapi...
-
Anda KELIRU Dengan PELBAGAI Hukum Tajwid?? Sudah BERTAHUN-TAHUN belajar Tajwid, namun masih LUPA nama hukum?? Anda seorang pengajar Al-Q...