Selasa, 26 Januari 2016

hingga hujung nyawa.

selama berjuang untuk orang lain, aku tidak pernah menyesali apa pun yang telah Allah aturkan untukku. walaupun dalam hati ada suka dan duka, aku tetap bersyukur kerana aku yakin Allah tidak mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia. 

maha suci Allah yang menunjukkan segala jalan keluar untuk setiap permasalahan dan apa sahaja yang selalu aku tertanya-tanya. percaturan Allah sangat cantik.Subhanallah.

Aku senyum, Aku gembira,alhamdulillah

Ahad, 24 Januari 2016

Ahad, 27 Disember 2015

Tinggal tanda tanya

Mengapa aku Yang Terakhir
Dibias Berita Cintamu Padanya
Adakah Kita Tak Serupa
Serasi Bersama Tinggal ku Tertanya

Senyumku Yang Dulu Kau Puja
Hilang Mekarnya Di Senjakala
Permata Kau Memilih Kaca
Hingga Meledakkan Hati Yang Setia

Di Depanmu aku Dijagamu Dia
Di Matamu aku Di Hatimu Dia
Siang dan Malamku Terusan Bertanya
Sampai Bilakah Engkau Dengannya

Bila Bulan Berubah Warna
Mimpi Ngeri Menjadi Nyata
Sekali Kuucap Cinta Untuk Selamanya
Namun Kau Cuba Untuk Menduga Asmara
EngKau Tahu aku Kan Terus Setia

Adakah Kita Tak Serupa
Serasi Bersama Kuterus Tertanya

Jumaat, 20 November 2015

I love you

I love you
Yes, only you
Not others

I'll wait
I'll be here

When the time come
Just turn to me
I'm here
Waiting for you
To bring me home

I love you

Khamis, 19 November 2015

Pada laut aku bercerita

Selalu Aku ke sini bila hati kesedihan,di sini Ku lihat ombak, beralun . Ku luhat pasir pantai Putih bersih, Ku lihat langit biru awan menggebu.

Aku liha laut terbentang luas, seolah² meraikan kedatangan Aku ke sini.. Aku melihat biru kehijauan laut.

Aku melihat buih² ombak. Entahlah apa rasanya menjadi laut, hamparannya luas, di dalamnya ada bermacam² hidupan Dan rahsia karam.

Datarannya rata seolah tiada penghujung, Aku melihat laut sangat tenang menyimpan beribu rahsia Dan mungkin juga pelbagai luahan rasa, bukan hanya Aku yg suka pada laut. Malah mungkin ramai lagi manusia lain. Malah mungkin mereka juga sama seperti Aku, melihat laut pada pandangan yang sama. Bercerita tentang perasaan Dan laut yang sama juga mungkin menjadi saksi pertemuan Dan perpisahan.

Dan di sini Aku raih semangat semula, Maha Hebat Allah menciptakan laut yg cantik, Maha Hebat Allah mencipta awan dan langit yang sangat indah mendampingi laut, menjadikan jiwa² yg gelisah kembali tenang dan mendamaikan.

Subhanallah...
Terima kasih Allah atas kurniaanMu yg tidak terkira banyaknya, Aku hanya melihat laut,pantai,langit dan awan, perkara² yg membuatkan Aku senyum dan bahagia. Terima kasih Allah.

Sesungguhnya hati ini milikMu,
Hadirkanlah insan yang akan mendekatkan Aku padaMu
Hapuskanlah resah dan duka di hati INI
Padamkanlah kenangan²
Dan semaikanlah benih² iman dan cinta yang tidak berubah padaMu.

Selasa, 17 November 2015

Hidup dalam Mati

Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampu ku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir

Sabtu, 7 November 2015

Hampir berakhir

Selepas tiga tahun, perasaan curiga, tersekat dan terhalang yang selama ini membelenggu jiwa akhirnya terjawab satu persatu. Daripada kisah tidak serasi, tidak sejiwa, dan akhirnya kisah orang ketiga yang telah lama ada diantara Aku dan dia. Maka apalagi yang harus Aku ucapkan? Kecewakah Aku? Atau bahagiakah Aku dengan penjelasan-penjelasan itu.

Setiap hari Aku berusaha melawan rasa sedih yang terlalu amat, kebodohan menghantui. Namun tidak juga Aku faham kenapa Susah untuk Aku tinggalkan. Sedangkan Aku tahu, kebahagiaan bersama-sama dengannya tidak akan ada.

Apalagi yang Aku nantikan pada seorang lelaki yang sangat Aku sayang dan kasihi. Doa Aku didengar tuhan, tapi kenapa Aku tidak kuat. Setiap detik, doa tiada Henti, Allah hapuskanlah perasaan itu jika dia bukan untuk Aku, dan jangan ada benci.

Sesak, sebak. Tiada air mata, tekanan jiwa dan emosi berbaur. Kenapa aku lemah dengan ujian emosi ini. Setiap hilang akan berganti. Semoga ada yang lebih baik menanti. InsyaAllah .

Hati ini,sesungguhnya milik tuhan. Maka sedarlah Aku, tiada apa yang sempurna milik melainkan hanya pinjaman sementara.

Aku menangis lagi , mata berkaca-kaca, ku tahan Dari Turun hujan, kerana Aku tidak sanggup melihat pipiku basah lagi kerana seorang lelaki yang cintanya tidak abadi.

Doakan Aku, agar Aku gagah bangkit berdiri, Aku perlu hidup ... Biar hidup yg membagiakan itu juga dapat Aku rasai.

rindu

 Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...