Isnin, 20 Jun 2011

Bila kesibukkan memisahkan kami

cuti semeter kali ni agak panjang, dia seperti biasa takkan duduk rumah je ... ada je kerja yang dia nak buat.. dan aku masih lagi dengan kerja aku.. jadual kami dah berbeza.. kalau dulu sama2 belajar .. ada byk masa boleh bersama2.. belajar dan buat assignment sma2.. sekarang nak cakap lima minit pun susah.. pagi2 kejutkan dia soalat .. lepas tu terus siap2 g kerja.. petang, balik rumah.. spend masa dengan family... dia macam diabaikan pulak... bukan niat nak abaikan pun.. tapi kesempatan tu terbatas... kadang2 lepas isya' baru boleh tanya khabar.. itu kalau dia tak sibuk...rutin kami dah jauh memisahkan kami.... apa perasaan aku? apa pula perasaan dia?

yang ada pada hubungan ini hanya doa2... nasihat dan penguat semangat... memang susah pada mulanya, merajuk, terasa hati dan menangis dah jadi benda biasa... tapi kene belajar terima kenyataan bahawa tak setiap masa boleh ada bersama2... belajar untuk membiasakan diri dengan kesibukan yang memisahkan ... apa yang penting ikhlaskan hati, saling percaya dan saling memberi sokongan... jangan sia2 kan kepercayaan yang diberikan.... 

bila jarak memisahkan.. terasa jauh bukan dugaan besar.. bila sibuk yang datang, terasa sangat dugaan nya mencabar... Ya Allah kuatkan hati2 kami.. peliharalah kami... dan teguhkanlah ikatan hati kami... ya Allah... jgn jadikan jarak dan kesibukkan kami penyebab jauhnya hati kami.. dan jadikanlah kami hambamu yang bersyukur dan tidak melupakan MU...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...