Isnin, 7 Oktober 2013

kerana sayang ibu

Anis bingung... ape yang harus dikatakan pada ibunya.... lamaran itu datang saat dia mengharapkan Ammar...Anis menunggu Ammar menyatakan komitmen pada apa yang telah lama tersimpan dalam hati masing-masing.... apakah dia harus lupakan Ammar.. atau apakah dia harus membantah kata ibu...

Anis bukan anak yang membantah.... Anis tau, ibu mahukan yang terbaik untuknya.... Anis faham apa yang ibu mahu.... tapi sedih hatinya... dia berhak untuk menyukai dan memilih apa yang dia mahukan dalam hidupnya....

Anis tidak pernah membantah.. malah segalanya dia lakukan terbaik  hanya untuk memenuhi kehendak ibu... walaupun Anis tau ada kalanya dia tidak mencapai apa yang ibunya mahu....kerana Anis sayangkan ibunya... lebih daripada segalanya.... tapi kali ini.... dia tahu dia tidak akan mampu... 

pun jua kerana dia ibu... Anis turutkan.... dalam hati berderai air mata.. hujan... dingin membaluti... yang dilihat hanya senyum... tidak siapa faham jiwanya.... biarpun terluah pada abang... tapi abang juga tidak mampu melerai gundah....

dalam hati... doa dititip sentiasa... moga jodohnya dengan Ammar.... bukan dengan yang lain... kalau bukan Ammar.. semoga dia mampu melupakan Ammar untuk orang baru...

kerana ibu... apakah jiwa dan cinta kali ini terlerai ikatan terlepas dari genggam..... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...