Selasa, 29 Januari 2013

Aku sayang kamu

perjalanan kisah hati ini kadangkala membuatkan aku terbuai dengan rasa.. suka duka, pahit dan manis... apa pun Allah jaga kami... Alhamdulillah... dia sudah mula memahami apa yang cuba aku sampaikan selama ni... dan Alhamdulillah dia sedaya mungkin cuba menjadi yang terbaik untuk kami... terima kasih cinta...tak tergambar bahagia di jiwa bila dia memilih jalan yang lebih baik untuk kami... aku hanya mampu senyum tanda bahagia,... cinta itu indah... biarpun ada pahitnya....untuk kamu ... aku titipkan untaian madah ini... walaupun aku tahu kamu tidak membacanya di sini.. suatu hari nanti mungkin... suatu hari nanti...

wahai kamu yang aku sayang,
jadilah lelaki yang paling baik di mata Tuhan...
kerana itu akan menjadikan kamu
 lelaki yang baik di mata manusia..

wahai kamu yang aku kasih, 
setialah dengan sabar...
kerana sabar itu penawar yang membahagiakan rasa...

wahai kamu yang ku harapkan setiamu...
ikhlaskanlah rasa...
ikhlaskanlah cinta..

semoga jodoh ini berpanjangan....
bertaut dengan lafaz sakinah...
berakhir dengan nyawa pemisah...

wahai kamu...
ketahuilah aku sayang kamu...
kerana agama dan sifat kasihmu...
jika hilang kedua-duanya 
maka aku rela takdir memisahkan....

jika terpisah... 
semoga aku tabah...
 semoga kamu jua merelakan...

cintailah aku kerana DIA...
dan kerana DIA pemilik hati kita..
aku titipkan kamu dalam jagaanNya...

moga nanti kasih ini bertaut dengan lafaz...
Aku terima Nikahnya...

Aku sayang kamu.,...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...