Selasa, 2 April 2013

untuk kau yang sekarang

hujan lebat hari ni.. seolah-olah faham hujan di hati aku...hujan lah.. biar dingin membekukan rasa... biar deras air menghanyutkan resah dan kesedihan jiwa... aku yang salah.. aku akui... pun aku tetap senyum, sekurang-kurangnya dia akan lebih menghargai apa yang dia miliki.. Allah tidak kejam... apa yang terjadi dengan hikmah yang tidak disangka-sangka..

mungkin dia melihat aku pada satu sudut yang tidak sepatutnya.. pun begitu aku mengerti.. biarlah dia rasakan begitu... aku masih mampu senyum kerana aku tahu, itu yang terbaik untuk masa tu... tidak tahu apa lagi harus aku bicarakan, aku lelah menjelaskan... tidak tetap ya.. dan ya tetap ya... maka aku memikirkan sesuatu yang akan buatkan dia membeci aku.. ya aku mahu dia fikir aku bukan bidadari.. dan hakikatnya memang aku bukan... aku cuma perempuan biasa yang pernah melakukan kesilapan...

siapa aku yang semalam itu hak aku... dan aku tak mahu mengulangi salah yang dulu... aku nyatakan apa yang aku nyatakan bukan dengan niat menjual maruah ku.. tapi kenyataan hidup begitu...meminta sesuatu diluar kemampuan sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa... sebaliknya apa yang tidak diminta, akan diberikan dengan ikhlas hati... malah lebih dari apa yang diminta... menghukum dengan tidak tahu apa yang sebenarnya, akan turut terhukum dengan ungkapa yang sama...

apa yang aku maksudkan, karma... jika dia begini berterusan, nanti suatu masa anak2nya mungkin juga begitu... dia menafikan itu.. aku tahu dia mampu mendidik anaknya dengan baik... tapi karma tetap karma.. mungkin tidak sama, tapi ada banyak cara lain .. mungkin dia takkan merasa puas dan cukup dengan apa yang ada sekarang...

aku jahat.. aku tahu.. sekurang-kurangnya aku cuba untuk tidak mengulangi.. sekurang-kurangnya aku cuba memberi jalan keluar... aku berusaha untuk memberi erti bahawa kesalahan bukan memberi kepuasan sebaliknya mengundang celaka...dan aku rasakan itu semalam... membaca ungkapan itu ... sentap.. aku senyum... mata bergenang .. berkaca.. terima kasih kerana menilai aku begitu... dan akhirnya kau membenci aku...

ketahuilah, kau beruntung memiliki permata yang tidak pernah dimilik ... ketahuilah kau beruntung kerana kau memiliki apa yang tidak aku miliki.. saat kau menyatakan itu... aku senyum... kerana akhirnya aku tahu, kau tidak lagi seperti yang aku kenal dulu... aku senyum kerana akhirnya aku tahu aku tak perlu menyayangi lagi orang seperti kau.. dulu aku berterima kasih kerana kau inspirasi aku.. dulu aku menghormati kerana kau sangat menjaga kehormatan .. semalam, kau tunjukkan siapa kau dan aku senyum.. terima kasih tuhan... kerana memberi jalan keluar untuk aku... hilang lagi seorang yang pernah membina jiwa untuk belajar.. hilang lagi seorang yang mengerti luahan rasa... 

pergilah semua dengan hujan hari ini... luputlah dari ingatan ku.... cuma satu... semoga dia maafkan aku, halalkan segala yang diberikan buatku... dan aku maafkan dia.. tidak ada benci... cuma izinkan aku damai dengan hidupku sendiri.... semoga dia mengerti, perempuan bukan mainan... semoga dia mengerti, yang diluahkan bukan dari hati... ada sesuatu yang tersirat dibaliknya... Allah ampunkan aku.. ampunkan dia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...