Rabu, 29 Mei 2013

saya tak rasa abaikan awak

pertemuan seketika... tak banyak yang kami bualkan... entah... diam lebih menguasai... tapi aku gembira... biarpun hanya seketika.. terima kasih tuhan.. ada kan waktu seketika buat kami... banyak yang berlaku.... tadi yang terakhir... semoga perjalan cerita selepas ini lebih baik.... 

**************************************************************
+saya minta maaf banyak sakitkan hati awak....
- aahh banya yang awak sakitkan, saya rasa awak abaikan saya...
+saya tak rasa saya abaikan awak.. awak bukan hak saya..
- faham... tak apa lah.. saya tak salahkan awak pun... cuma hati perempuan... saya tak terkecuali...
+saya harap pertemuan lain kali akan lebih baik.
-kalau ini yang terakhir, saya harap awak maafkan saya dan halalkan apa yang awak bagi pada saya...
+jaga diri ye... jaga diri awak baik2
-okey..
senyum itu terukir.. mata berkaca... 
-saya pergi awak...awak,
+ye
-kalau saya bukan yang awak cari... bagitahu saya k... saya akan lepaskan awak dengan baik dan ikhlas seperti mana saya harapkan awak awal dulu.... 

dia hanya diam... 
maafkan aku... 
***************************************************************

dan aku pulang dengan satu beban rasa yang baru... Allah , hindarilah kami daripada perkara yang tidak Engkau redhai... 

++saya tetap sayang awak.....

kuseka pipi yang basah.. aku kuatkan hati.. relakan perpisahan ini... andai jodoh kami.,.. insyaAllah tidak ke mana2... tinggallah sayangku.. jadila kamu lelaki yang berimana yang cintakan tuhannya melebihi cinta pada manusia....


Ahad, 19 Mei 2013

aku di hujung semester

Alhamdulillah... masih lagi bahagia dan gembira... Alhamdulillah juga masih ada kawan2 yag suka membantu.. .. aku  dihujung semester.. kerja sekolah makin banya... oooowww....stress juga.. tp suka je.. sebab belajar banyak benda baru... doakanlah aku berjaya habiskan pengajian master aku ni dengan jayanya ye.. terima kasih tau... tolong doakan...=) 

sekarang ni da bawa kereta sendiri... huhuhu.. kalau dulu tak tau sangat pasal kereta tau naik je.. sekarang da kene ambik tahu juga la hal kereta.. minyak hitam air bagai... tp suka je aku... sebab akudapat belajar camne nak jaga kereta lak.. kata kawan, kereta ni kene jaga macam jaga suami.. ooohhhwww ye ke? ape-ape lah.... yang penting kereta tu okey dah baik je ngan aku... =)

insya Allah lagi sebulan nak habis... dan biiznillah lagi beberapa bulan nak konvokesyen lak... semoga aku berjaya dengan jayanya... kali ni konvo aku nak satu family aku ada.,. kecuali hanisah n hakimi lah kot.... diorang kat mesir... takkan nak balik sebab konvo aku je... kopak le duit abah aku nnt...

lepas belajar ni nak buat ape lak? heeee.. adalah... nnt aku cerita... 

daaa dulu la ye.. cau cin cau...

hingga jari bertemu keybord lagi... 

Jumaat, 12 April 2013

relakan jiwa ---- Akim

setelah sekian lama cinta itu hilang...ia datang kembali.. oh cinta....layan sat lagu nie... 

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

Judika - bukan dia tapi aku

lagu ni ost cerita sedetik cinta... huhuhu.. satu lagi cerita cinta ala-ala novel... tak suka, benci pastu excident.. than jatuh cinta.. huhuhu.. gitu je ke cerita nye?? entah le... kite tengok le nnt endingnya macam mana... dulu lepas setia hujung nyawa cam tak layan sangat slot akasia.. now dah mula layan semula.. ngape tah.. suka sangat cerita camtu.... ape-ape lah.. yang penting aku tak gile tension2 mengadap kerja dan buku je kan.. (kerjalah sangat) ngeee... student's life.. heaven... mana ada fikir benda lain.. fikir belajar je.. ye ke? ye kot... heehehehe

okey.. stop merepek... jom layan lagu ni... jangan relate ngan sesape pun tau lagu ni.. aku cuma suka muziknya.. liriknya tu pun suka.. tapi jujurnya aku tidak kaitkan dengan sesiapa.. layan je k.. jangan touching2...hingga jari bertemu keyboard lagi... take care..:)


Isnin, 8 April 2013

apa aku nak..????

wow... tajuk entry macam hape kan... lalalalala... aku pun tak tau ape aku nak story nie... uhhh.. aku stress dengan dia.. well siapa dia ni nak buat aku stress stress nie.. adeh... boleh tak jangan kacau life aku .. kau datang susahkan hati aku.. ganggu jiwa aku... tolong kesianlah kat aku... aku nak hidup normal macam orang lain gak.. kau datang kacau kacu aku .. kau tak fikir ke  aku stress sebab kau? kau tak fikir ke aku ni susah hati fikirkan kau dan hidup kauy kalau aku layan kan otak kau yang tak betul tu.. 

aku nak kau faham tu je..aku memang dah sah2 tak boleh nak kau,.,. jadi tolong lah faham aku.. aku tak nak ingat dah apa yang pernah jadi... aku dah tak nak ulang salah aku... tolong lah faham aku... tolong lah... kau nak jadikan aku kawan dengar mnasalah kau.. aku okey.. no hal... memang tu pun fungsi ada kawan kan... tapi aku takde lah nak ulang2 benda salah banyak kali... aku pun nak life aku bermakna okey.. bukam kau    je.... 

jadi .. wahai dikau... tolong la... hidup dengan aman damai dengan hidup kau.. kalau nak kacau hidup aku tolong hormat aku... tu je.. aku tak huru hara kan hidup kau.. jangan buat huru hara dalam hidup aku...


Jumaat, 5 April 2013

jika -melly & ari

lagu faveret masa dulu2.... gaduh.. baik.. gaduh baik... now dah cerita lain.. but somehow still ade cerita dengan lagu ni untuk hidup yang sekarang... jom layan... 

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terpikir tuk kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

Jika memang masih bisa mulut ku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan tuk kembali
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu


Selasa, 2 April 2013

untuk kau yang sekarang

hujan lebat hari ni.. seolah-olah faham hujan di hati aku...hujan lah.. biar dingin membekukan rasa... biar deras air menghanyutkan resah dan kesedihan jiwa... aku yang salah.. aku akui... pun aku tetap senyum, sekurang-kurangnya dia akan lebih menghargai apa yang dia miliki.. Allah tidak kejam... apa yang terjadi dengan hikmah yang tidak disangka-sangka..

mungkin dia melihat aku pada satu sudut yang tidak sepatutnya.. pun begitu aku mengerti.. biarlah dia rasakan begitu... aku masih mampu senyum kerana aku tahu, itu yang terbaik untuk masa tu... tidak tahu apa lagi harus aku bicarakan, aku lelah menjelaskan... tidak tetap ya.. dan ya tetap ya... maka aku memikirkan sesuatu yang akan buatkan dia membeci aku.. ya aku mahu dia fikir aku bukan bidadari.. dan hakikatnya memang aku bukan... aku cuma perempuan biasa yang pernah melakukan kesilapan...

siapa aku yang semalam itu hak aku... dan aku tak mahu mengulangi salah yang dulu... aku nyatakan apa yang aku nyatakan bukan dengan niat menjual maruah ku.. tapi kenyataan hidup begitu...meminta sesuatu diluar kemampuan sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa... sebaliknya apa yang tidak diminta, akan diberikan dengan ikhlas hati... malah lebih dari apa yang diminta... menghukum dengan tidak tahu apa yang sebenarnya, akan turut terhukum dengan ungkapa yang sama...

apa yang aku maksudkan, karma... jika dia begini berterusan, nanti suatu masa anak2nya mungkin juga begitu... dia menafikan itu.. aku tahu dia mampu mendidik anaknya dengan baik... tapi karma tetap karma.. mungkin tidak sama, tapi ada banyak cara lain .. mungkin dia takkan merasa puas dan cukup dengan apa yang ada sekarang...

aku jahat.. aku tahu.. sekurang-kurangnya aku cuba untuk tidak mengulangi.. sekurang-kurangnya aku cuba memberi jalan keluar... aku berusaha untuk memberi erti bahawa kesalahan bukan memberi kepuasan sebaliknya mengundang celaka...dan aku rasakan itu semalam... membaca ungkapan itu ... sentap.. aku senyum... mata bergenang .. berkaca.. terima kasih kerana menilai aku begitu... dan akhirnya kau membenci aku...

ketahuilah, kau beruntung memiliki permata yang tidak pernah dimilik ... ketahuilah kau beruntung kerana kau memiliki apa yang tidak aku miliki.. saat kau menyatakan itu... aku senyum... kerana akhirnya aku tahu, kau tidak lagi seperti yang aku kenal dulu... aku senyum kerana akhirnya aku tahu aku tak perlu menyayangi lagi orang seperti kau.. dulu aku berterima kasih kerana kau inspirasi aku.. dulu aku menghormati kerana kau sangat menjaga kehormatan .. semalam, kau tunjukkan siapa kau dan aku senyum.. terima kasih tuhan... kerana memberi jalan keluar untuk aku... hilang lagi seorang yang pernah membina jiwa untuk belajar.. hilang lagi seorang yang mengerti luahan rasa... 

pergilah semua dengan hujan hari ini... luputlah dari ingatan ku.... cuma satu... semoga dia maafkan aku, halalkan segala yang diberikan buatku... dan aku maafkan dia.. tidak ada benci... cuma izinkan aku damai dengan hidupku sendiri.... semoga dia mengerti, perempuan bukan mainan... semoga dia mengerti, yang diluahkan bukan dari hati... ada sesuatu yang tersirat dibaliknya... Allah ampunkan aku.. ampunkan dia...

rindu

 Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...