Khamis, 30 September 2010

Vanilla twilight

the star lean down to kiss you 
and i lie awake and miss you 
pour me a heavy dose atmosphere

cause i'll doze off safe and soundly 
but i'll miss your arms around me
i'd send a poscard to you, dear
cause i wish you were here

i'll watch the night turn light-blue
but it's not the same with you 
because it takes two  to wishper quitely

the silence isn't so bad
til i look at my hands and feel sad
cause the spaces between my fingers 
are right where your fit perfectly

i'll find repose in new way 
though i haven't slept in two days 
cause cold nostalgia chills me to the bone

but dredched in vanilla twiglight
i'll sit on the front porch all night 
waist-deep in tought 
because when i think of you
i dont feel alone

i dont feel alone,i dont feel alone

as many times as i blink
i'll think of you tonight
i'll think of you tonight

when violet eyes get brither
and heavy wings grow lighter
i'll taste the sky and feel alive again

and i'll forget the world that i knew
but i swear i wont forget you
oh if my voice could reach
back through the past
i'd wishper in your ear
oh darling, i wish you were here.

Rabu, 22 September 2010

NiKmAt SeTiTik AiR

Assalamualaikum... hopefully aku dan korang yang selalu ada dengan aku sentiasa sihat sejahtera.. dah mandi? dah basuh pinggan mangkuk kat dalam sink tu? dah basuh baju? aku dah... korang?
ermm.. semua member2 aku termasuk aku lah tu.. dok merungut pasal air.. macam chips more dah.. kejap ada.. kejap tak de.. adoyai.. macam kene catu air pun ada gak.. nak makan pun jadi malas dah sekarang sebab.. kalau makan sure nak gune bekas n sudu bagai.... paling koman pun mesti nak pakai tangan kan.. dah tu mesti nak kene ada air kan.. ermm jadi dua tiga hari ni.. tak makan sangat lah..

air masak pulak dah tak cukup bekalan.. kene beli air minuman dalam botol tu.. sehari 3-4 botol boleh pokai gak.. tapi aku bersyukur walaupun krisis air ni dah tahap maks dah teruknya.. masih lagi ada ruang kesempatan yang Allah bagi untuk gune air  yang ada dengan bijak.. hehehe.. berkat tunjuk ajar mak aku lah.. dulu kat kamoung selalu gak tak de air.. jadi aku tak lah susah hati sangat.. 

bila dah jadi macam ni.. Allah sebenarnya nak ajar kita sabar dan kuat.. sabar tahan dugaan haus n kepanasan sebab tak mandi.. kuat sebab kene rajin angkut bekas air.. dan kene berjalan cari tempat yang ada air.. Allah juga sebenarnya nak ajar kita supaya bersyukur dengan apa yang kita ada.. malah kesusahan yang Allah bagi ni sebenarnya nak bagi kita pahala.. kalau kita asyik merungut ja. menyumpah2 air yang tak ada.. menyumpah2 orang kat pejabat asrama dan sebagainya.. maka berkarung2 guni dosa yang kita akan dapat.. ermm.. 

jadi marilah kita sama2 hargai apa yang kita ada.. jadilah hamba Allah yang tahu bersyukur.. jangan asyik nak mengomen dan mengata sana sini..peringatan untuk aku,aku,aku,aku dan kamu.. selamat menjalani sesi latihan fizikal dan emosi k.. semoga kesusahan hari ni akan menjadikan kita manusia yang lebih baik dan lebih bijak untuk memanfaatkan apa yang kita ada pada masa akan datang.. jumpa lagi.. Assalamualaikum..:D 

Rabu, 15 September 2010

aidilfitri 2010

salam aidilfitri buat semua.. seronok kan dapat beraya dengan family tercinta.. alhamdulillah.. raye tahun ni sebenarnya tak lengkap sangat sebab salah sorang adik aku tak de.. cik hanisah ..nak gi beraya kat tempat dia pun jauh sangat... tak pelah cik hanisah ye. nnt kite raye sesama tahun depan insyaAllah..sempat ke tak nak jumpa ramadhan n syawal tahun depan =p

rentetan peristiwa..

bertolak balik ke terengganu.. specifiknya ke kampung sungai ikan..malam raye.. time tu jalan tak lah jam teruk.. santai-santai ja bawa kereta.. bukan aku la yang drive.. aku macam biasa.. jadi penumpang je la.. ermm.. sampai ja kat rumah.. adik2 sepupu ni tak tido lagi.. mase tu dah pukul satu setengah dah.. bebudak ni duk main bunga api lagi.. adoyai budak2 ni..tak reti nak tido.. duk menyanyi..pakcik2 aku pulak sibuk membakar daging.. sempat la juga merasa sebuku dua sebelum aku merajinkan diri masuk dapur tolong apa yang patut.. kerjaku seperti biasa.. basuh pinggan.. kemas meja makan .. bancuh air dan makan.. hehehe.. kalau buat kerja ni di bayar lima ringgit sekali basuh pinggan.. lima ringgit sekali kemas meja..dah kayo dah aku.. hahaha.. 

benda paling best sekali untuk dimakan mase malam raya dan pagi raye ialah lemang.. home made.. memang terbaik lah... pakcik2 aku punya kerja.. memang tak de tandingan.
sampai dua pinggan... huhu.. tu belum kira kuih2 raya lagi..raya ni memang tak berpantang langsung bab-bab makan.. sesuka hati ja..tapi baca doa makan la dulu b4 makan... bukan main melantak ja.. heheh..ermm.. dah malas dah nak jaga2 sangat bab makan ni.. makan je ... bukan senang nak jumpa lemang yang sedap.. rendang dan ketupat pulut.. bukan senang nak makan dengan saudara-mara yang setahun sekali ja buleh jumpe.. 

paling best sesi makan... bukan makan ja.. penuh dengan cerita macam2... tak kering gusi dibuatnya.. start dengan cerita anak2 murid mak.. anak2 murid cikpah.. cerita adik2 aku.. sepupu-sepupu lagi.. pakcik-pakcik aku dan sebagainya..sampa nak terguling-guling gelak... bahagianya rasa bersama orang2 yang membahagiakan ni... nilah mak aku selalu pesan.. jangan buang adik-beradik.. jangan berkira sangat kalau adik beradik minta tolong..adik-beradik ni lah nnt yang akan tolong n bahagiakan kita.. hehehe... dengan syarat.. adik-beradik kita dan diri kita ni hidup ada agama,, heheh:)

hari raye ke tiga..
berkelah di jeram tanduk... woo.. best main air.. tapi tak sempat nak bergambar sakan kat sana.. teruja sangat main air.. hehhe.. port baiknye.. takde orang lain melainkan aku dan adik2.. best2 lama sangat tak jumpa waterfall..dah penat main air.. makn ayam bakar..

part paling best kat jeram tanduk ni ialah aktiviti menolak kereta yang lekat dalam selut masa nk balik.. pastu sesi basuh kereta dalam air paya.. huhhu.. pengalaman yang tak dapat dibeli tu... kereta2 buatan malaysia ni hebat gak ... boleh buat 4 wheel nye drive tu... kancil..viva..myv..iswara n wira.. korang lepas ni kalu nak beli kereta.. beli yang buatan malaysia pun dah kira tahan lasak dah .. hahaha...tu je lah dulu nak cerita...

kesempatan ni,..nak say tq sangat2 ke semua sedara-mara sebelah mak n abah.. you all memang best la.. to cik hanisah tersayang..selamat memulakan semester baru ye... sayang kamu sangat2..to member smsk sem 7..lepas ni marilah kita berjuang menyiapkan final year projek kite ye.. k.. minta diri dulu.. assalamualaikum...

Ahad, 5 September 2010

Persiapan Hari Raya

salam buat semua.. hampir seminggu blog ni tak di update...da nak bersawang ja macam rupa blog ni.. sebenarnya tak berkesempatan sangat.. bila ada kat rumah lappy ni jarang sangat tuannya yang guna.. dan sibuk dengan perkara lain..( sebenarnya tidur ja lebih) ermm.. sedar tak sedar tinggal kurang lebih lima hari ja lagi nak raya.. macam mana dengan puasa kita tahun ni? cukup ?sempurna atau tak? aku doakan kita semua dapat melaksanakan ibadah puasa dengan baik malah lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya..insyaAllah..:)

bercakap mengenai hari raya yang bakal tiba ni.. persiapan korang macam mana? baju raya berapa pasang? kuih raya berapa jenis? tahun ni warna tema baju raya apa? beraya di mana ? di rumah sendiri or di kampung halaman?.. banyak pulak soalannya kan..inilah soalan lazim yang semua orang selalu tanya.. kadang-kadang rasa nak tape ja jawapan. bila orang tanya play back ja semuala tape tu.. :p boleh ka?hehehe

yang paling seronok nak beraya mestilah budak-budak.. dari baju raya.. kasut raya, beg duit raya dan paling tak lupa budak-budak ni mesti nak main bunga api.. yang mak-mak ni pula sibuk dengan langsir baru.. kuih-kuih.. perabot baru.. yang garu kepalanya.. si ayah.. kepala tak gatal.. tapi pening tengok anak isteri sakan buat persiapan untuk raya..

apa pun.. sebagai ummat Isalam kita seharusnya bersederhana dalam membuat persiapan.. janganlah sampai sanggup berhutang pulak semata-mata nak beraya.. tu dah dikira membazir.. hari raya bukanlah hari nak bermewh-mewahan dan bukanlah hari untuk menghabiskan duit gaji semahu-mahunya.. sebaliknya ia adalah hari untuk meraikan kemenangan kita dalam mengawal nafsu dan mampu berpuasa sampai sebulan(bg orang-orang yang berjaya lah):) kadang2 naik takut aku tengok orang membeli belah dan berbelanja banyak-banyak ni.. agaknya duit diorang ni banyak sangat kot.. tak tahu nak buat apa . tu yang shoping macam-macam.. tapi kalau difikir-fikir semula, kan bagus duit yang banyak tu guna untuk sedekah kat orang yang memerlukan.. kat malaysia ni ada banya rumah anak yatim.. orang yang hidup melarat pun banyak gak.. duit kalau habiskan untuk diri sendiri tak mendatangkan bahagia yang berpanjangan pun.. tapi kalau guna rezeki yang lebih tu untuk ringankan beban orang lain.. infakkan kejalan yang baik.. pahala akan mengalir berpanjangan.. doa-doa orang yang dibantu juga tak putus-putus.. dari situlah kebahagiaan akan lahir dan terus berkekalan..

tapi janganlah pulak guna duit dari sumber yang tak baik untuk buat sedekah. tu namanya mengkhianati orang dan cari bala... sampai sini dulu lahye.. insyaAllah ada kesempatan kita jumpa lagi.. selamat membuat persiapan.. beli apa yang perlu dahulu ye.. jangan nak seronok time rayaja.. lepas raya pun nak kene pakai duit juga..:) tata.. assalamualaikum.

Ahad, 29 Ogos 2010

nilai RM20.00

dalam keadaan duit tengah tak berapa nak ada ni.. aku selalu juga intai2 peluang nak tambah duit .. if aku boleh buat kerja tu dan mendatangkan duit aku akan buat.. tak kira lah apa pun kerjanya janji halal dan boleh aku buat tanpa ganggu masa belajar aku..

dan semalam (sabtu) dari pukul 9 pagi aku gi "lepak" di sebuah kedai buat biskut... buat apa ja kat sana? seharian kat sana.. meratakan doh untuk biskut srawberry layer, short break anad pack biskut yang dah siap masuk dalam bekas.. walaupun macam sikit ja kerjanya.. tapi sebenarnya banyak.. nak pack 15 loyang biskut.. satu loyang ada 100 keping.. 15 x 100 = 1500.. hehehe dah macam belajar matematik pulak.. :) tu baru satu jenis.. 1500 x 2 = 3000.. satu bekas dapat isi 50.. jadi.. semua sekali dapat berapa bekas.. cepat kira.. sapa cepat aku belanja biskut strawbery layer..

akhirnya... dah nak balik.. tolong angkat kotak biskut masuk dalam kereta tuan kedai untuk penghantaran.. berat lah juga.. terasa sengal juga lah pinggang dan badan.. mana tidaknya.. buat kerja duduk ja mengadap biskut2 tu..  nasib baik puasa. kalau tak ada juga aku makan biskut2 tu sume.. :p dan atas usaha yang tak seberapa tu.. aku dapat RM20.00. walaupun tak banyak.. tapi inilah hasil kerja tulang empat kerat aku.. walaupun hanya RM20.00.. aku belajar menghargai penat lelah mak abah aku cari duit untuk besarkan aku, sekolahkan aku.. diorang kerja lagi teruk dari apa yang aku buat... besarnya makna RM 20.00 yang sikit tu..

dalam perjalanan balik aku berfikir.. apa agaknya perasaan orang2 kat luar sana yang kerja tengah2 panas bila dapat duit hasil kerja mereka.. macam aku juga ke teruja dengan nilai RM20.00 tu? inilah hidup.. susah mengjar kita untuk berusaha lebih untuk keluar dari susah tu... tapi ada juga orang yang tak tahu asal usul bila dah senang.. aku harap aku tak lah termasuk dalam golongan yang macam tu bila dah kaya raya nanti..:)

ermm.. kesempatan ni juga aku nak bagitau korang.. bahawa setiap dari kita ni ada kelebihan masing2.. cuba manipulatekan kelebihan yang kita ada tu untuk buat duit... huhu.. aku dah mula terfikir nnt nk buka bakery sendiri.. dah terbayang nak ada pusat asuhan budak2..dan macam2 lagi.. tapi yang penting.. bila kita kerja kita juga mampu memberi peluang kerja kepada orang lain.. hermm.. Ya Allah perkenankanlah permintaan dan hajat serta harapan yang menggunung nie...Amin...

Selasa, 24 Ogos 2010

jom release tension sat...


LUCU, TAPI KADANG-KADANG PERKARA INILAH YANG SELALU JADI KAT KITA... PERCEPTION...  



di suatu petang yg nyaman....sedang saya syok2 tidor terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya..


kendian, benda tu bergerak ke badan


rasa cam kena patuk kat perut..... takkan kutu kot?


bila toleh.... rupenyer si ijou, burung tecik yg tuan saya baru beli semlm


saya suruh ijou gi main jauh2, saya xmau kawan ngan dia....lagipun saya ngantuk giler ni


tapi dia xmau, and masih patuk2 saya


pastu masih nak naik atas bdn saya, berat gak si ijou ni.


tak lama kendian, saya dengor dia tgh patuk benda lain lak... rupanye mengerjakan hp tuan saya


saya pun jerit "Oi!rosak nanti, tuan marah lah".


dia melawan lak tu


masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu lak


akibatnye saya dihukum tanpa dipanggil utk membela diri


oh.... di manakah keadilan? bukan saya yg wat tuan~~ 

HAHAHAHAHAHAHAHA.....
 
SOOOOO CUTEE.... 

Ahad, 22 Ogos 2010

---FYP----

khamis lalu telah berlasung sesi pembentangan proposal untuk projek tahun akhir.. semua pelajar SMSK_PP sem 7 telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. presentation bermula jam 2.30 ptg- 4.00 ptg. menunggu giliran nak present sangat mendebarkan.. serius tak pernah rasa berdebar tahap maks macam ni.. lepas satu2.. menarik gak semua projek sem ni.. banyak benda yang baru dapat aku pelajari time dengar orang present tu... macam2 methods.. rumus dan cara presentation yang aku tengok...

tahniah untuk semua classmate aku yang dah berjaya present.... dan aku doakan kita semua berjaya selesaikan projek kita dengan jayanya....coming soon... cuti lagi....haih... cuti yang cuti atau cuti yang tak cuti? ermm.. kita tengok je lah nanti kan...

rindu

 Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...