cuak.. itu je yang boleh aku katakan sekarang.. apa pun tinggal satu semester je lagi,... Alhamdulillah.. aku harap aku akan dapat habiskan master aku dengan cemerlang,.... insyaAllah... doakan aku eyh kawan2...
kejayaan bukan terletak pada tidak pernah jatuh atau gagal, tapi kejayaan terletak pada kesanggupan untuk bangun setiap kali jatuh dan gagal... hidup ini macam roda.. kejap kat atas kejap kat bawah.. kerana itu aku adalah aku yang sekarang...
Jumaat, 15 Februari 2013
wedding adik
alhamdulillah dan tahniah buat semua yang telah bertungkus lumus menyiapkan persediaan majlis perkahwinan adik aku.... seronok dan penat buat kerja2 kenduri ni.. apa pun ini pengalaman pertama aku.. nnt wedding aku pula.. hahahaha gatai nye.. :p
well to Fahmi and Farhana, along doa korang berdua bahagia hingga ke syurga...:) some pictures of them.....
Selasa, 29 Januari 2013
Aku sayang kamu
perjalanan kisah hati ini kadangkala membuatkan aku terbuai dengan rasa.. suka duka, pahit dan manis... apa pun Allah jaga kami... Alhamdulillah... dia sudah mula memahami apa yang cuba aku sampaikan selama ni... dan Alhamdulillah dia sedaya mungkin cuba menjadi yang terbaik untuk kami... terima kasih cinta...tak tergambar bahagia di jiwa bila dia memilih jalan yang lebih baik untuk kami... aku hanya mampu senyum tanda bahagia,... cinta itu indah... biarpun ada pahitnya....untuk kamu ... aku titipkan untaian madah ini... walaupun aku tahu kamu tidak membacanya di sini.. suatu hari nanti mungkin... suatu hari nanti...
wahai kamu yang aku sayang,
jadilah lelaki yang paling baik di mata Tuhan...
kerana itu akan menjadikan kamu
lelaki yang baik di mata manusia..
wahai kamu yang aku kasih,
setialah dengan sabar...
kerana sabar itu penawar yang membahagiakan rasa...
wahai kamu yang ku harapkan setiamu...
ikhlaskanlah rasa...
ikhlaskanlah cinta..
semoga jodoh ini berpanjangan....
bertaut dengan lafaz sakinah...
berakhir dengan nyawa pemisah...
wahai kamu...
ketahuilah aku sayang kamu...
kerana agama dan sifat kasihmu...
jika hilang kedua-duanya
maka aku rela takdir memisahkan....
jika terpisah...
semoga aku tabah...
semoga kamu jua merelakan...
cintailah aku kerana DIA...
dan kerana DIA pemilik hati kita..
aku titipkan kamu dalam jagaanNya...
moga nanti kasih ini bertaut dengan lafaz...
Aku terima Nikahnya...
Aku sayang kamu.,...
Khamis, 17 Januari 2013
inikah cinta
esok, 18 januari 2013.... esok genap 6 bulan....banyak yang dah berlalu dan berlaku.. semoga jodoh ini kekal hingga hari akad kami hingga hujung nyawa.. hingga ke sana....
pun jiwa tidak juga tenang.... aku kah yang tidak memahami... atau memang bukan dia untuk aku... aku tak mahu memikirkan.. cukuplah dua kali itu yang sakit.. kali ini aku mengerti tak semua yang aku hajati akan ku miliki... cinta ini bukan milikku...
andai jodoh ini ketentuan aku dan dia.. maka aku doa dia dapat terima kurang lebih aku.. kerana aku berusaha sedaya mungkin untuk terima kurang lebih dia...
di bibir sekarang lagu ini meniti....nora.....renungan terakhir
entah kenapa... macam mengerti apa rasa hati.....tp tak nak ada sedih2.. tak nak nangis2.. walaupun hakikatnya aku tak boleh dia tak de... takpe.. kali ni aku kene kuat...kene kuat...
Selasa, 15 Januari 2013
sakit itu penghapus dosa
tadi g klinik... kata dr. berdasarkan result xtray.. takde masalah pun.. cuma mungkin sebab hormon tak stabil semasa mesturasi menyebabkan sesetengah organ dan saraf dalam badan mengalami gangguan...
ermmm.. nak bg aku kurus lah ni .. sebab tu tak leh makan... taknak bagi aku mengeamuk-mengamuk.. sebab tu tak boleh nak cakap2 banyak..... sakit tu tuhan je tahu... luar tak nampak sakit pun... tapi aku nye muka memang tak leh nak sorok lah rasa sakit dan stress ni..
Allah, semoga aku kuat semangat.. semoga aku tidak menjadikan kesakitan ini kelemahan untuk aku memanjakan diriku....
Hati
menggigill menahan rasa... kecewanya ... Allah ampunkan aku.... semoga hidayahMu menjengah hatinya agar dia mengerti hidup perlu menghormati....mungkin aku tak cukup hikmah dalam menegur... Allah....ampunkan aku... aku hanya mampu melihat dan mendengar dan marah dalam hati... lemahnya iman terasa... demi keharmonian yang di cari... semoga aku tetap sabar.. untuk beberapa hari je lagi... Allah kuatkan aku....lapangkan dadaku
Sabtu, 12 Januari 2013
dia
semalam yang berlalu ...adalah kenangan
semalam yang berlalu .... adalah pengalaman
dia yang semalam... bukan lagi dia yang kini...
dia yang dulu hanya kawan.... bukan lagi kawan untuk hari ini
kasih yang dulu... pergi.. jauh ... aku lupakan...
kasih yang lain datang... jauh ... aku luputkan....
kasih yang kini... jauh... tetap juga aku nantikan...
dia ...
dia...
dia...
rindu bertandang.... rindu menjauh...
jarak memisahkan... moga hati mengerti.
moga dia faham...
jodoh itu ketentuan tuhan..
mungkin bukan dia...
mungkin tidak di sini...
andai dia untuk aku..
Ya Allah permudahkanlah.. dekatkanlah hatinya dengan Mu
agar dia mengasihi aku kerana kasihnya dia padaMu..
andai dia bukan jodohku..
Ya Allah permudahkanlah.... jauhkan hati kami tanpa ada rasa benci..
Ya Allah hanya Engkau yang tahu...
betapa hati ini rasakan sesuatu... rindu...
aku titipkan dia dalam jagaanMu ..
kerana hanya Engkau Ya Allah yang berkuasa atas segala sesuatu..
semoga aku tidak leka..
semoga dia tidak leka..
hidup bukan untuk cinta...
tapi hiduplah kami untuk menjadi hambaMu yang setia...
semalam yang berlalu .... adalah pengalaman
dia yang semalam... bukan lagi dia yang kini...
dia yang dulu hanya kawan.... bukan lagi kawan untuk hari ini
kasih yang dulu... pergi.. jauh ... aku lupakan...
kasih yang lain datang... jauh ... aku luputkan....
kasih yang kini... jauh... tetap juga aku nantikan...
dia ...
dia...
dia...
rindu bertandang.... rindu menjauh...
jarak memisahkan... moga hati mengerti.
moga dia faham...
jodoh itu ketentuan tuhan..
mungkin bukan dia...
mungkin tidak di sini...
andai dia untuk aku..
Ya Allah permudahkanlah.. dekatkanlah hatinya dengan Mu
agar dia mengasihi aku kerana kasihnya dia padaMu..
andai dia bukan jodohku..
Ya Allah permudahkanlah.... jauhkan hati kami tanpa ada rasa benci..
Ya Allah hanya Engkau yang tahu...
betapa hati ini rasakan sesuatu... rindu...
aku titipkan dia dalam jagaanMu ..
kerana hanya Engkau Ya Allah yang berkuasa atas segala sesuatu..
semoga aku tidak leka..
semoga dia tidak leka..
hidup bukan untuk cinta...
tapi hiduplah kami untuk menjadi hambaMu yang setia...
Langgan:
Catatan (Atom)
rindu
Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...
-
Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...
-
Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧡 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...
-
senyum... dalam hati terdetik rasa syukur dan bahagia.. alhamdulillah, perjalan hidupnya telah diaturkan lebih baik berbanding sebelum ini...


