Rabu, 10 Oktober 2012

a bar of chocolate to reduce pressure -Hyperhidrosis

aku tak tahu kenapa aku rasa berdebar sangat ni.. ke sebab hormon perempuan terlebih hari ? tangan dan kaki aku aku sejuk.. nak kate sujuk sebab hujan tak pun.. sejuk aircond.. tak la sesejuk ni.. otak aku cuba sedaya upaya nak bagi tenang... tapi masih lagi berdebar2.. kenapa ni... aku dulu selalu gak camni dan aku mmg seorang hyperhidrosis.. 

disebabkan rasa tak tenang sangat ni.. aku beli coklat almond (vanhoutan n vochell).. dengan harapan endorfin dalam coklat dan magnesium dalam almond boleh bantu reducekan rasa stress aku ni.. bagi jiwa tenang..

sumber 10 mknan yang boleh reduce stress boleh baca kat sini
maklumat hyperhidrosis ambik kat sini

Selasa, 9 Oktober 2012

Pen kesukaan aku

dulu masa kat uniszasuke gune pen Gsoft.. dia punya warna chantek... tapi sekarang suke gune pen murah je jenama Aihfio-  china mari.. tp suka sbb suka n gsoft mahal 20 sen dari pen ni.. kekekeke..


 ni favorite pen masa kat UNISZA
tp ni bukan gambar pen yang aku guna.. sekadar hiasan..

wordless 1


Isnin, 8 Oktober 2012

Jangan Benci Aku

Jangan benci aku..

aku bukan bidadari 
bukan jua seorang mariam
aku manusia biasa
manusia naif yang tidak lepas dari kesalahan..

jangan benci aku
bukan niat aku melukai hati sesiapa
bukan niat aku memberi rasa kepada sesiapa
bukan salah aku kalau aku rasa cinta
dan bukan salah aku kalau aku rasa tak bahagia

hati ini milik tuhan..
hati ini berbolak balik
aku berusaha setia
aku berusaha buat raih rasa bahagia
aku berusaha menambat jiwa
aku berusaha mencapai cinta

jangan benci aku
bila setia hanya seketika
jangan benci aku 
bila bahagia hanya sementara
jangan benci aku
bila jiwa tidak bersama
jangan benci aku 
bila hati tidak lagi cinta

Tuhan,
Aku hambaMu
Ampun kan aku 
Ampunkan aku jika aku menyakiti mereka 
Ampunkan aku Tuhan

Kau,
Aku manusia biasa
Maafkan aku..
Aku bukan sesiapa
Aku cuma ingin bahagia

bahagia  yang ku cari bukan hanya di sini.. tapi juga di sana..
jangan benci aku....


Menangis

semalam Anis menangis.. untuk pertama kali setelah 5 bulan berlalu... Anis teringatkan Asraf.. Anis rasa bersalah dengan Amar.. dan Anis juga rasa bersalah dengan Fakar.. Anis tahu mereka adalah antara yang sangat baik dengan Anis.. Anis tahu mereka antara lelaki yang pernah Anis sayang dan masih sayang... cuma untuk meletakkan Asraf dan Fakar dalam hati bukanlah pilihan Anis.. pun juga Amar.. 

Anis rasa seolah2 dia tidak mampu untuk setia.. tidak mampu untuk beri kesetiaan pada seorang lelaki yang bukan suaminya... pun begitu Anis tetap merasakan itu adalah haknya kerana dia tahu bahawa taat dan setia itu hanya untuk suaminya nanti.. bukan sekarang.. dia menangis kerana dia rasa dia telah mengabaikan KEKASIH yang lebih agung.. KEKASIH yang tak pernah sesaat pun mengabaikan dia.. Maka itu rasa bersalahnya semakin kuat.. tangisan itu... meleraikan rasa bersalahnya.. moga TUHAN ampun kan dia.... moga..

******************************************************************************

Ahad, 7 Oktober 2012

dia

dia insan pertama yang bertakhta
dia insan pertama yang ku cinta
dia pernah membuatku bahagia
dia yang mengajarku tentang erti rindu

kini terkilan sungguh rasa hati
dia tak pernah lagi temui
hilang dari pandangan hidup ini
membawa luka pedih tak terperi

tiada ku duga
permulaan yang jernih
menjadi keruh dengan tiba-tiba

bisa rintangan antara ku dan dia
cinta terhalang oleh orang tua

.... bait lirik lagu fauziah latif.. kenangan ku dengan dia.... dulu..

tunjukkan aku
tunjukkan aku
apabisa cinta kamu
seperti mana aku dicinta kamu
aku disayang kamu

atau kamu selalu indah buat diriku
beda dari diriku 
aku pun tak menahu..

soalan tersendu 
balas hambar bisu
tuhan tunjuk sesuatu apa diakah itu...

....lirik lagu boneca... sekarang apa yang ku rasa... begitu mudahlah menggantikan seseorang dengan seseorang yang lain? begitukah? huhuhuhu... aku nak apa ni sebenarnya.. aku tak faham atau aku sengaja menysahkan diri buat tak faham

Selasa, 2 Oktober 2012

unexpected calls

blacberry anis bergetar.. memang sengaja anis tukarkan mode blackberry kepada silent .. Anis tak sihat. anis malas nak melayan mesej atau panggilan dari orang yang dirasakan tak perlu dilayan untuk sementara.. Anis hanya menunggu panggilan dan mesej dari Amar. Dah lama sangat rasanya tak berhubung dengan Amar. walhal baru seminggu. Amar sibuk dengan pertukaran tempat baru. Mulai oktober ni Amar da mula menjalani latihan industri. Anis doa Amar berjaya tamatkan latihan industri Amar dengan jayanya. InsyaAllah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Anis sihat?" soal Asraf
"Baru baik demam, suara pun serak lagi.." jawab Anis riang.
rindunya pada kawan yang seorang itu. Anis dengan Asraf cuma kawan baik. tak lebih dari tu. Anis terima keputusan Asraf dulu dengan hati terbuka.. Anis selesa macam sekarang. dan Anis tahu itu lebih baik.

"Anis, 8 oktober ni Asraf konvo.. "
"waaa, tahniah... sesi pagi ke petang?"
"sesi petang... tapi tak lepak lama pun kat KL... kene balik JB cepat ade kerja"
"oowww.. tak apa lah... tahniah tau.. lepas ni dah boleh demand gaji dah.. dah ade certificate.."
"Anis, terima kasih...terima kasih sebab ade dengan saya masa belajar dulu, terima kasih ajar saya macam.. tolong saya, ade dengan saya masa saya susah time belajar dulu" -Asraf bersuara dalam tangis..

runtun hati Anis... sekian lama ,semalam lepas hampir 6 bulan. sekali lagi Asraf menangis... Ya Allah kkuatkan hati aku untuk tidak mengenang kisah kami...doa Anis tak putus...Anis tau Asraf ... Anis faham kenapa Asraf rasa macam tu. faham sangat.

"oit.. tak cool arr nangis... rilek la.. Anis pun banyak susahkan Asraf dulu.. banyak sangat Asraf tolong Anis... tak termampu nak balas tau.."

"tak.. Anis tak pernah susahkan saya.. saya suka buat tu semua untuk Anis.. cuma keadaan tak memihak pada kita... " luah Asraf.

"alaa.. tak mau la ingat cerita lama... benda dah berlalu pun kan.. hadapi dengan tenang... akan datang kita tak tahu kan..." balas Anis tenang.

"Anis, doakan kita berjaya eyh... dan doakan saya tau.." -pinta Asraf 

"hari-hari pun doa... jaga solat k, jaga solat. maaflah, saya tak ada pesanan lain selain tu.. jaga solat tau..."

"takpe Anis, terima kasih sebab selalu ingat kan saya, saya akan ingat pesan Anis sampai bila-bila"

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

perbualan itu membuatkan hati Anis berbunga ceria.. Alhamdulillah. Allah kuatkan hati Anis untuk terima lelaki bernama Asraf sebagai kawan. Alhamdulillah..

saat ini rindu tak terucap buat Amar.. Allah, jagalah hati ku.. Allah jagalah Amar.....


rindu

 Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...