Khamis, 11 Ogos 2016

Allah tahu sayang,Allah tahu.

Assalamualaikum
sihat? rindu violet?
violet pun rindu.
rindu sangat,

perjalanan seminggu ditempat baru sangat menarik dan Alhamdulillah, semua masih berjalan lancar.
seminggu jauh dari keselesaan dan kesenangan, hati terdetik sayu, terjentik rasa menghargai setiap yang ada betapa kerdilnya aku, melihat diri sendiri . kehidupan kini tak lebih daripada kasih sayang dan rahmat Allah. siapalah aku dimata tuhan? jika tiada Tuhan? mampukan aku bertahan sehingga hari ini.

Alhamdulillah.
perlahan-lahan, semua yang lalu hilang. hati semakin kuat, diam semakin sepi.
pada siapa aku mengadu, pada Dia tuhan yang maha tahu.

doaku setiap sujudku,
Allah hadiahkan seorang suami
yang baik imannya, akhlaknya, agamanya
Doaku setiap sujudku, disejahterakan kehidupanku dan semua yang aku kasihi,
diberikan kesihatan untukku dan orang yang aku kasihi
doaku dalam setiap sujudku,
bahagiakanlah semua jiwa dan hati yang mengasi dan menyayangi aku

sungguh tiada yang mampu aku balas pada setiap jiwa yang memberikan perhatian dan kasih sayang.
aku memilih untuk tidak memilih.
kelelahan setia dan kesedihan menahan luka menjadikan aku sepi, tertutup hati untuk membuka hati pada perkara yang tidak pasti. kerana manisnya kata-kata dan manis janji-janji tidak memberi bahagia, malah aku yang tersakiti, malah lebih tersakiti.
maka cukup untuk aku mendoakan kebaikan . agar aku juga menerima kebaikan.

aku tidak berubah
aku masih aku yang sama
cuma aku lebih memilih menjaga diri dan hatiku sendiri.
aku bahagia
aku gembira, ceritanya kerana hati aku
tidak lagi pada jiwa dan hati orang yang aku mahu lihat kebahagiaannya.

setia dan sabar kini,
hanya untuk yang pasti.
bila?
insyaAllah bila masanya tiba.
Siapa?
seseorang yang sentiasa dalam doa
insyaAllah, jika bukan di sini. akan ada di sana

Allah tahu sayang,
Allah tahu.

Ahad, 7 Ogos 2016

Bila waktu berlalu

Dan perjalanan Ku tempuh
Suka, duka,
Tangis dan tawa
Tercoret diwajah , Ku ukir senyum
Paling indah

Esok,
Jika Aku melangkah pergi
Maafkan Aku
Kerana tempatku bukan disitu
Aku singgah
Aku bercerita
Aku melihat,
Aku menikmati
Pada apa yang dipinjamkan
Seketika

Bila aku sedar,
Semua itu bukan milikku,
Hati, jiwa dan rasa,
Maka aku diam,
Dan aku pergi

Semoga yang akan datang lebih baik
Semoga yang Ku tinggalkan lebih menghargai
Aku bukan bidadari
Aku manusia biasa
Pada zahirnya, aku juga mahu bahagia
Dan aku tinggalkan mimpi
Biar yang nyata mengambil ganti
Hidup ini,
Jika bukan cerita kita,
Maka aku mengerti, aku harus pergi.

Demi tuhan yang maha mengetahui,
Luka itu masih berbaki
Izinkan aku pergi
Mencari bahagiaku sendiri,

Selasa, 26 Julai 2016

Misi membaca

Let's start with light topic first.
Buku ni dah lama beli, tapi tak berkesempaan nak baca betul²
Adalah masa belek² 2-3 Kali, fokus pada certain topik je.

Hari ni, kita mula baca kulit ke kulit ya,
Belajar kenapa lelaki tak mendengar dan perempuan tak pandai baca peta.

Lots of discussion in this book, the author use simple examples, mostly related to our daily life events and routines.

Bahan bacaan yang baik untuk kita belajar memahami orang sekeliling kita. Ini version bahasa melayu, version asal in English,

Antara subtopik dalam buku ni;
1.Spesis sama tapi berlainan dunia
2.Semuanya masuk akal
3.kesemuanya dalam kepala
4.bertutur dan mendengar
5.Lelaki tetap lelaki tapi tidak selalunya.
6. Menuju Masa hadapan yang berbeza.

Nanti, violet kongsikan input yang ada. 😊
Korang baca apa? Jom kongsi

Membaca menambah ilmu,
Rajin-rajin lah baca ya!

Daaa..
With Love,
LazuardyViolet

Isnin, 25 Julai 2016

bila memberi itu lebih dihayati

Ada seorang klien, beliau suka tutornya alunkan ayat Quran, 
Setiap Kali sesi kelas, beliau akan merakam dan Cuba mengikut alunan bacaan tutornya.
Paling seronok ialah, bacaan beliau juga semakin baik dan ada perubahan. Mengaji di Rumah sendiri, santai. Tidak malu untuk bertanya dan tidak terasa apabila ditegur kesilapan bacaannya.
Seronok bukan? Bila kita boleh membantu.

Dalam banyak² perbualan dengan klien.antara Ayat yang menyentuh hati ialah,

"Saya dah lama nak baiki bacaan saya, Alhamdulillah Allah bagi saya jumpa cik puan"

"Saya tak reti mengaji, saya nak mengaji, cikpuan boleh Bantu saya carikan ustazah?"

"Kami suami isteri nak belajar mengaji, Alhamdulillah, terima kasih kerana Bantu dapatkan ustaz untuk kami".

Allah sahaja tahu, apa yang saya rasa bila dapat membantu, ada klien yg menunggu lama sebab tak cukup tenaga pengajar, ada klien yang sanggup susunkan jadual khas semata-mata untuk mengaji atau kelas untuk anak² mereka.

Maka, siapalah saya, untuk tidak memenuhi permintaan mereka, saya tidak lebih hanya perantara memudahkan urusan² mereka. Usaha sehabis daya untuk membantu.Terima kasih untuk semua tutor @AkademiInfitahKuantan dan semua tutor @InspireKotaBaru. Semoga Allah merahmati usaha kalian membantu para klien. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik.

Terima kasih juga kepada semua klien yang memberi kepercayaan kepada kami. Kami berbesar hati dapat membantu, kami mohon maaf jika ada kekurangan dalam perkhidmatan kami.semoga tuan/puan mendapat manfaat daripada sesi kelas yang telah,sedang dan akan berlangsung.

Terima kasih juga untuk team InfitahInspire yang sentiasa menyokong dan mendorong supaya sama-sama dapat memberi yang terbaik untuk klien.

Coretan rasa, 
Cik Nurul Nadia Naspu
Branch Manager/Sales Executive
Infitah Kuantan & Inspire Kota Bharu

‪#‎teaminfitah‬
‪#‎infitahKuantan‬
‪#‎inspireKotaBharu

Surat-surat cinta

Ramadhan yang lalu,
Tiada sehari pun yang berlalu
Tanpa kubaca,
Tanpa jemu, lembar demi lembar Ku selak
Gigih Ku hadap, Ku baca dan Ku ulang -ulang membacanya

Ramadhan telah belalu
Semangat Ku juga
Mana pergi kegigihan dan keseronokkan meraih rindu?
Hilang?

Lalu, terdiam Aku,
Menguis lantai dihujung kaki
Ku Tanya diriku,
Apakah hilang sudah rindu
Ku Tanya hatiku
Kemana pergi rindu itu?

Lalu, hati berbaur rasa
Dan mata berkaca kaca
Gerimis di pipi

Tuhanku
Kemana hilang rinduku?

Tuhanku,
Tetapkanlah hatiku dalam iman.
Berikan Aku kekuatan demi membaca semua surat cintaMu
Berikan Aku natijah yang baik kerana membacanya
Dan jadikanlah Aku, manusia yg sentiasa basah lidahnya
Mengalunkan ayat-ayatMu.

Ya muqallibal qulub
Thabbit qulubana
Ala deeniq

Jumaat, 22 Julai 2016

Tukang cat dan kerja-kerja mengecat

Assalamualaikum, 
rindu, dah lama tak mengarang.korang rindu tak?
sihat? semoga sihat. dah lama duk peram je blog nie daripada silent readers, ermm
dah tak nak peram dah ,violet open untuk kongsi apa yang baik supaya lebih ramai yang dapat manfaat. InsyaAllah.post entry yang lama-lama tu, violet tak padam, biar jadi pengajaran dan peringatan untuk violet dan sesiapa yang terasa nak ambil pengajaran. tapi jangan tanya pulak siapa manusia-manusia dalam cerita-cerita violet tu ya. cerita tu violet dah closed.

berbalik kepada tajuk, kenapa tukang cat ? violet beli rumah ke?  emm, bukan. sebenarnya bukan nak cat rumah. bukan juga nak cat bangunan. Tukang cat adalah kiasan bagi orang yang datang dalam kehidupan dan mewarnai kehidupan violet biarpun violet tak pernah kenal dan tak pernah jumpa, waima tak pernah pun bercakap. kalau jumpa pun mungkin kebetulan.

tukang cat ialah orang yang ada memberi sokongan saat violet perlu dan beraura positif. tukang cat tu lelaki ke? oh, tak semestinya lelaki, ada juga perempuan, dalam dunia kan ada lelaki dan perempuan, dan pembawakan kedua-dua gender ni berbeza. sikap keterbukaan dan cara pendekatan dua-dua gender ini pun berbeza, maka perlu meraikan kedua-duanya. tidak boleh cenderung kepada satu gender sahaja, kita belajar untuk positif daripada persekitaran. jika kita sangat choosy dan hanya memilih untuk satu gender yang sama dengan kita sahaja, mungkin ada yang akan terlepas pandang atau mungkin akan ada cerita berat sebelah.

apapun, semuanya Allah yang tentukan. Allah datangkan orang yang baik-baik dan Allah berikan yang baik-baik. InsyaAllah.

cukup lah untuk permulaan cerita "come back" ni. sebab ramai macam tertanya-tanya siapa tukang cat tu kan... siap kata calon suami bagai.. hahahhaa..tapi dalam ramai-ramai tu adalah seorang dua manusia yang faham apa yang violet sampaikan. cerdik betul. ermm.. 

jom, sama-sama mulakan cerita baru ini dengan warna-warni pelangi. Insyaallah kita sama-sama berusaha untuk jadi baik dan jadi yang terbaik.. kita sama-sama baiki apa yang kurang, dan kita sama-sama usaha untuk memberi manfaat kepada yang perlu. InsyaAllah.

hingga jari bertemu keypad lagi,
jaga iman, jaga solat, jaga hati, jaga kesihatan.

salam sayang,
LazuardyViolet

Khamis, 21 Julai 2016

Siapa LazuardyViolet

seorang wanita muslimah yang bercita-cita menjadi guru dan telah pun menjadi seorang guru. menguruskan Cawangan Infitah Kuantan, Inspire Kota Bharu dan Inspire Johor Baru. dilahirkan dalam kelurga sederhana dan membesar dengan didikan emak dan abah.

ada kalanya sangat periang, ada ketikanya tegas dan garang, aku seorang pemerhati, aku lebih banyak diam dan aku riuh pada orang yang ku kenali rapat dan akrab. bukan sombong, cuma ambil masa untuk ramah.

nak tahu apa yang aku selalu buat, bacalah blog ni selalu. aku suka kongsi dan insyaallah aku akan kongsi apa yang baik untuk dikongsi.

ambillah yang baik2 daripada perkongsian itu, yang tidak baik sila campak ke laut.

terima kasih kerana menjadia sebahagian daripada kehidupan aku,, biarpun aku dan kamu tidak pernah bersua, satu masa nanti mungkin. InsyaAllah. kita sama-sama doakan yang baik-baik untuk semua ya. semoga yang baik-baik juga datang kepada kita.

selamat membaca,

salam sayang,
LazuardyViolet.

rindu

 Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...